Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran telah menjadi tanda tanya orang ramai ekoran pelbagai spekulasi yang timbul.

Meskipun pasangan ini masing-masing belum tampil memberi pencerahan, namun pengurus Laudya yang dikenali sebagai Emily ada membuat kenyataan mengenai perkara itu.

Menurut Emily, dia tidak tahu menahu mengenai khabar angin tentang masalah rumah tangga pasangan terbabit.

"Saya tidak tahu menahu mengenai hal itu," katanya ringkas ketika dihubungi media di Indonesia.

Ditanya mengenai keberadaan Laudya di Indonesia tanpa Emran, Emily juga mengatakan dia tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya tak tahu, saya juga belum sempat untuk menghubungi Laudya," katanya lagi.



Baru-baru ini, Emran bertindak menukar 'default picture' (DP) di akaun Instagram yang tidak lagi memperlihatkan isterinya itu.

Pada masa yang sama, ada juga kabar angin mengatakan Bella telah menjual kediaman mereka di Jakarta Selatan akibat mengalami masalah kewangan.

BACA : Gosip Cerai Masih Diperkatakan...Ada Pula Dakwaan Laudya Cynthia Bella Mahu Jual Rumah?

BACA : Selepas Padam Foto Di Instagram, Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Didakwa Sudah Tinggal Berasingan?

Walaubagaimanapun, semua spekulasi ini hanya kekal menjadi kabar angin selagi Laudya dan Emran masih mengunci mulut mengenai situasi sebenar yang dihadapi mereka.

Sumber : Liputan6