Laman Utama

Peniaga Bazar Ramadan Jual Ayam Goreng Tak Buang Isi Perut, Kuku Cetus Amarah Netizen

gempak
Izwan Isa
06/04/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
Peniaga Bazar Ramadan Jual Ayam Goreng Tak Buang Isi Perut, Kuku Cetus Amarah Netizen
Bulan puasa cukup sinonim dengan penjualan juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Tentulah, pada waktu sebegini orang ramai dapat menikmati juadah berbuka puasa yang mungkin hanya ditemui setahun sekali.
Namun, lain pula nasib yang melanda diri seorang pengguna apabila mendapati rangka ayam goreng yang dibeli oleh ayahnya tidak ‘dibersihkan’ dengan sempurna sebelum digoreng dan dijual.
Menerusi ciapan yang dihantar, pengguna Twitter berkenaan berkata, dia berasa terkejut apabila melihat rangka ayam goreng yang dibeli masih mengandungi isi perut yang tidak dikeluarkan daripada ayam.
“Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni. Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazaar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam. Tak siang ke? Tengoklah pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung.
“Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan. Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak-anak makan. Sama-sama puasa kan?” tulisnya.
Dalam pada itu, pengguna Twitter berkenaan berkata yang dia bukannya mahu menjatuhkan peniaga muslim atau menutup periuk nasih mereka. Cuma perkongsian ini dilakukan sekadar peringatan kepada semua.
“Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi ramadhan. Nak maki, tapi tambah dosa,” katanya lagi.
Menerusi ruangan ulang ciapan, kebanyakan netizen melahirkan rasa kurang senang dengan kejadian tersebut.
“Pernah kena. Syahdu. Last-last kutis-kutis tepung je bahagian atas sebab memang terliur sangat nak makan,” ujar seorang netizen.
“Salah satu sebab aku seboleh-bolehnya tak mau beli lauk kat bazar. Hanya gerai ori (yang dah selalu jual sebelum bazar ada lagi) saja yang aku yakin nak beli lauk. Lain-lain aku cuma beli makanan yang masak on the spot macam murtabak, roti john, kebab, ayam panggang,” kongsi seorang lagi netizen.
“Orang meniaga, kau sibuk jugak nak meniaga. Orang masak sedap, kau buat asal boleh. Ni baru satu teraniaya, entah berapa orang yang terkena macam ni kat kedai dia. Ingat tak dosa ke, orang bulan puasa ni lah nk kejar pahala, kalau masak elok-elok niat meniaga tu nak bagi orang buka makan sedap-sedap, kan dapat pahala,” luah seorang lagi pengguna Twitter.
Sementara itu, terdapat juga isu berkaitan sama yang melibatkan penjualan lauk ayam. Baru-baru ini, seorang netizen melahirkan rasa pelik apabila mendapati kaki ayam dalam sup yang dibeli masih mempunya kuku.
“Beli sup kaki ayam kat Pasar Ramadan. Ayam tak pedicured,” tulisnya.
Menerusi ruangan ulang ciap, ramai yang terkejut dengan keadaan bahagian kaki ayam berkenaan dan mengatakan ia kelihatan seperti filem seram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live