Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

Awani
19/11/2024 09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.

P Kuhan Raj, 31, didakwa memandu kereta jenis BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian pembonceng motosikal Nur Naura Nathifa Mohd El-Khuwailid di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Puchong pada 9.50 malam, 15 Nov lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Salsabila Mohammad mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Inderpal Singh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya bekerja sendiri dan menanggung keluarga.

Majistret Haneefa Ariffin membenarkan Kuhan Raj diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung berkuat kuasa serta merta, serta menetapkan sebutan kes pada 21 Jan depan.

BERITA TRENDING; Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

BERITA TRENDING: Bapa Rantai Dua Anak Gara-Gara Ambil Duit Beli Makanan Ringan

BERITA TRENDING: Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Negeri Selangor Terima Bonus Dua Bulan Gaji


Semalam, media melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil.

Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA

#Kemalangan #Meninggal #Dunia #Kereta #Perempuan #Peniaga #Budak #Langgar #Tahun #Empat
;