Peniaga Hantar Makanan Untuk Free Review, Pak Nil; "Kalau Bagi Kita RM20 Tu Murah, Kita Belilah"
Gempak
06/09/2021 12:49 MYT
06/09/2021 12:49 MYT
Sejak kebelakangan ini, ramai artis dilihat menjadikan akaun media sosial mereka sebagai platform untuk membantu orang ramai.
Salah satu daripadanya adalah dengan membantu mempromosi makanan yang dihantar oleh peniaga-peniaga kecil.
Hal tersebut turut diamalkan oleh pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi.
Personaliti serba boleh berusia 59 tahun itu mengakui yang beliau sering mempromosikan produk-produk daripada pengikutnya secara percuma.
“Ya, saya masih lagi membuat review makanan dan saya lakukan review itu secara percuma. Tetapi, saya tidak hanya menerima produk atau makanan yang dihantar bulat-bulat. Sebagai contoh, baru-baru ini ada peniaga ingin menghantar ketam dan lobster.
“Saya katakan kepadanya yang dia boleh hantar produk mengikut kemahuan dia, tetapi saya beli lagi ketam dan lobster ekstra supaya pendapatannya mengalir.
“Tidaklah dia hantar percuma dan saya juga tidak mahu mengambil kesempatan,” ujar Pak Nil kepada Gempak.
Dalam pada itu, Pak Nil berkata, beliau ingin membantu selagi terdaya dan ingin terus berkongsi rezeki dengan masyarakat.
“Sebab perkataan mahal itu sendiri mempunyai erti yang berbeza terhadap setiap individu. Ada segelintir yang melihat RM20 itu mahal bagi mereka.
“Tapi kalau bagi kita RM20 itu murah, kita belilah,” ujar Pak Nil mengakhiri perbualan.