Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perbualan ‘hangat’ netizen di Twitter.

Hal ini kerana, ada pihak dikatakan mempersoal tujuan peniaga-peniaga yang memberi makanan kepada penyanyi itu secara percuma sedangkan ramai di luar sana yang masih hidup susah.

Perkara itu sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah netizen.

Kebanyakan mereka menganggap ia sebahagian daripada teknik pemasaran dibuat oleh peniaga memandangkan Siti Nurhaliza sebelum ini sudi mempromosi barangan di Instagram (IG).

Tampil mempertahankan penyanyi kesayangan ramai itu, seorang individu dikenali sebagai Mohamad Farid memberitahu dia pernah dibantu Siti atau lebih mesra disapa TokTi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Time PKP/PKPB dulu memang sesak sangat weh duit saving.

“Kak iti (Tokti) lah yang tolong naikkan bisnes akak aku, tolong aku jana duit jadi runner hantar cinnamon roll dengan hasil dia review dia dekat IG.

“Tak ada kak iti duit sewa rumah, kereta , duit belanja makan aku tak tau nak mintak deka siapa,” katanya kepada Gempak.

Jelasnya, isu penjual hantar makanan terlalu banyak itu menjadi hak penyanyi itu mengagihkan kepada pihak lain/

“Kak itii jenis perangai pemurah jiran kiri kanan, turun bukit sikit ade surau.

“Memang makanan mostly dapat ke jiran, orang sekeliling.

“Terima kasih kak iti sebab byk bantu last year Folded hands. Moga dimurahkan rezeki selalu,” katanya.


Terdahulu, Tokti menyatakan dia mengambil inisiatif menggunakan platform media sosialnya bagi membantu golongan peniaga khususnya dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Jelasnya, perkara itu secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada peniaga yang terkesan ketika pandemik.

“Apabila saya buat 'review' makanan percuma di laman Instagram saya, niat saya untuk membantu peniaga-peniaga kecil khususnya yang membuat perniagaan makanan", katanya.