Peniaga Kedai Runcit Simpan Sayuran Dalam Tandas Sebelum Dijual
Awani
07/10/2024 06:25 MYT
07/10/2024 06:25 MYT
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar berkata, kesalahan itu dikesan dalam Op Samar di Taman Perindustrian Tanjung Minyak di sini pada 30 September lepas.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar berkata, kesalahan itu dikesan dalam Op Samar di Taman Perindustrian Tanjung Minyak di sini pada 30 September lepas.
BERITA BERKAITAN : Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max
BERITA BERKAITAN : Azah Aziz: Kahwin dengan Mat Saleh supaya tak bermadu? | Singgah Set
BERITA BERKAITAN : Bernadya Tak Sengaja Buka ‘Aib’… | GMW Highlights
BERITA BERKAITAN : UNTUNGNYA!!! Bernadya - Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan (Versi Akustik) | Gempak Jam Session
Beliau berkata, dalam serbuan antara 10 pagi hingga 1 petang, siasatan awal mendapati lelaki warga Bangladesh berusia 40-an yang berkahwin dengan wanita tempatan itu mengusahakan perniagaan berkenaan lebih dua tahun lepas.
"Dalam serbuan melibatkan empat pegawai penguat kuasa KPDN, mereka memulakan pemeriksaan dengan kaedah uji beli bagi mengesan salah laku peniaga terbabit sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi melihat tahap pematuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.
"Hasil pemeriksaan mendapati peniaga berkenaan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan gagal mematuhi Perintah Penandaan Harga pada Barangan dan Caj Perkhidmatan 2020," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, peniaga terbabit juga dikesan menjual barangan tamat tempoh antaranya laksa segera yang habis tempoh pada 1 Jun lepas.
Peniaga itu juga tidak mengamalkan aspek kebersihan terhadap barangan yang hendak dijual antaranya sayur-sayuran disimpan di dalam tandas sebelum dibersihkan dan dijual kepada pengguna.
Dalam perkembangan lain, Norena berkata sebanyak 26 premis diperiksa dengan 20 kes dicatatkan atas pelbagai kesalahan di bawah KPDN menerusi Op Samar yang dijalankan dari 1 Januari hingga 30 September.
"KPDN Melaka kekal komited dalam memastikan hak pengguna terbela menerusi penguatkuasaan pelbagai undang-undang di bawah KPDN selain meneruskan operasi dan pemeriksaan bagi mengesan salah laku peniaga," katanya.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan dan aduan boleh disalurkan menerusi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDN Negeri Melaka di talian 06-2345869 yang beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang atau menghubungi ECC KPDN Putrajaya (03-88826088).
SUMBER:Sinar Harian