Peniaga Kosmetik Tak Sangka Diceraikan Suami Ketika Live - “Suami Kahwin Wanita Lain Tanpa Pengetahuan Saya”
Gempak
30/07/2024 05:55 MYT
30/07/2024 05:55 MYT
Seorang peniaga kosmetik dalam talian tidak menyangka suami sanggup menceraikannya dengan talak satu ketika wanita itu live di TikTok.
Nur Hazwani Mustapha, 37, berkata, ketika dia live di rumahnya di Pasir Tumboh di sini, pada Rabu lalu, suaminya yang berusia 40-an ketika itu datang memarahinya.
Katanya, mereka bergaduh dan berlaku provokasi antara mereka sebelum suaminya itu melafazkan cerai dengan talak satu.
"Ketika itu kami bergaduh dan berlaku provokasi antara kami sebelum suami melafazkan cerai kepada saya.
"Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar," katanya
Terdahulu rakaman live di TikTok wanieymustapha3 yang diceraikan suaminya, tular, dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dan suami berkahwin selama 10 tahun dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak berusia empat serta tujuh tahun.
Katanya, kerana mahu bersama suami dan menjaga keluarga dia juga sanggup berhenti kerja sebagai anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Ketika awal perkahwinan, saya sanggup hidup susah bersamanya sehingga kehidupan kami berubah ke arah yang lebih baik, tetapi ini balasan saya dapat.
"Walaupun diceraikan ketika sedang live dengan 3,000 orang yang sedang melihatnya, namun saya reda dan mahu meneruskan kehidupan bersama anak-anak," katanya.
Menurutnya, dia berasa lega selepas dilepaskan oleh suami dan mahu fokus kepada perniagaan kosmetiknya yang dibuat secara dalam talian.
Katanya, perceraian itu memberi hikmah apabila pelanggannya semakin bertambah dan dia mula dikenali berbanding sebelum ini dia tidak dikenali orang ramai.
"Biar apa orang nak kata, tetapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengalami apa yang saya hadapi. Saya harap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak," katanya.
Sumber: HARIAN METRO
Suami Kahwin Lain Tanpa Pengetahuan

"Suami kahwin dengan wanita (lain) itu lebih tiga bulan lalu atau April lalu disyaki di Thailand tanpa pengetahuan saya.
“Pada mulanya, saya mahu menerima 'madu', namun disebabkan mereka suka perli dan membuat provokasi, jadi saya tidak bersetuju dengan perkahwinan kedua suami.
"Suami juga seolah-olah lebih sayangkan isteri kedua berbanding saya sebagai isteri pertama sehingga hati saya menjadi tawar," katanya
Terdahulu rakaman live di TikTok wanieymustapha3 yang diceraikan suaminya, tular, dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dan suami berkahwin selama 10 tahun dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak berusia empat serta tujuh tahun.
Sanggup Berhenti Kerja Demi Suami
Katanya, kerana mahu bersama suami dan menjaga keluarga dia juga sanggup berhenti kerja sebagai anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Demi suami, saya sanggup berhenti kerja kerana mahu berada di sisi suami, namun selepas 10 tahun ini yang saya dapat.