Pelakon Rita Rudaini, 45, mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak menggunakan jalan pintas untuk melariskan jualan.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata perlu ada usaha serta rajin dalam mencari rezeki.

"Pada peniaga-peniaga nak nasihat sikit la. Nak berniaga kena ikhlas ya. Jangan malas! Jangan ikut jalan pintas.

"Cari rezeki ni kena usaha.. bukan ambil kesempatan atas orang lain. Kena ikhlas ya kawan-kawan," tulisnya di Instagram Stories.

Sebelum ini, Rita ada menerima kiriman mesej daripada seorang individu yang meminta kebenaran untuk menggunakan gambarnya bagi satu produk.

"Assalamulaikum adik. Boleh tak guna gambar adik untuk letak gambar Minyak Herba Asmak tanpa menyebut nama adik?

"Kalau tak boleh, kak Ana akan padam. Terima kasih. Salam Syawal," tulis pengirim itu.



Susulan itu, pelakon filem Kerana Korona menegaskan bahawa peniaga tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya diteruskan.

"Ini kerja salah. Peguam saya boleh saman. Jangan buat kerja macam ni ya untuk berniaga. Salah.. Tak perlu tanya, sah-sah memang salah," balasnya.