Laman Utama

Peniaga Mohon Maaf Niaga Di Tingkat 15, Akhirnya Ayam Kipuk Viral Ditutup Lepas Orang Report!

gempak
Mya Amri
29/07/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Peniaga Mohon Maaf Niaga Di Tingkat 15, Akhirnya Ayam Kipuk Viral Ditutup Lepas Orang Report!
Peniaga makanan Ayam Kipuk viral iaitu Mawaddah reda apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkannya berniaga di rumah.
Menurut Mawaddah, disebabkan itu dia memilih untuk membawa adik dan adik yang kurang upaya untuk pulang ke kampung.
“Akhirnya Ayam Kipuk tumbang. DBKL datang cakap ada orang report selepas viral. Tapi mungkin ini Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan di atas dosa saya berniaga di rumah.
“Saya reda. Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu,” coretnya menerusi hantaran di Facebook.
Bagaimanapun kata Mawaddah, dia tidak akan berputus asa dan akan meneruskan perniagaan selepas mempunyai kokasi yang sesuai.
“Kami akan pindah, Insya-Allah tempat yang lagi baik (shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya yang uruskan.
“Terima kasih abang rider, pelanggan dan jiran-jiran semua yang selalu memberikan sokongan kepada kami. support kami. Minggu depan kami akan bangkit,” jelasnya.
Difahamkan perniagaan berkonsepkan home-based dan hanya mengambil pesanan di aplikasi itu mendapat aduan daripada orang awam kerana mengganggu kenteteraman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024