Viral
Peniaga Selamba Berniaga Jagung Bakar Depan KLCC, Netizen Harap DBKL Buat Pantauan
Tular satu video baru-baru ini menyaksikan beberapa individu berniaga jagung bakar berhadapan KLCC.
Menerusi entri yang dibuat oleh akaun @isusemasaviral, pengguna itu menyatakan rasa tidak puas hati dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap peniaga tersebut.
BERITA TRENDING: Buat Konten Berniaga Goreng Pisang Pakai Jubah Konvo, Graduan Undang Reaksi Negatif Warganet - “Sewa Buat…
“Tolonglah tangkap mereka ni. Depan KLCC buat jagung bakar. Dengan asap, dengan sampah.
“DBKL kena buat rondaan setiap malam. Takkan nak kena tunggu orang buat aduan baru nak buat kerja,” tulis pengguna itu.
Menjengah ke ruangan balas hantaran berkenaan, rata-rata wargamaya bersetuju dengan apa yang diperkatakan.Tolong la tangkap dia orang ni. Depan KLCC buat jagung bakar .Dengan asap dengan sampah .DBKL kena buat rondaan setiap malam. Takkan nak kena tunggu orang komplen baru nak buat kerja @DrZalihaMustafa pic.twitter.com/34WjOoOADP
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) December 31, 2023
Antara komen yang diterima:
“Tolonglah jangan buat malu negara. Sana tu dahlah tempat tumpuan pelancong,”
“Rakyat dah boleh mula tegur sendiri kalau DBKL lambat buat kerja,”
“Nak berniaga pun bertempat lah, bakar lepas tu asap, tak pernah nampak mereka ni kecut perutnl nak buka tapak niaga haram. Ni dah 2024 harap ada perubahan.”
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 10 saat itu meraih lebih 500,000 tontonan dan hampir 4,000 tanda suka di Platform X.
Must-Watch Video