Penindasan Di Palestin Buka Mata Loca B, Ambil Keputusan Bersara Dari Dunia Seni - “Saya Nak Anak Faham Tentang Agama…”
Asyikin Mayudin
31/05/2024 15:55 MYT
31/05/2024 15:55 MYT
Penyanyi rap Loca B mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia nyanyian disebabkan sudah tidak lagi berminat untuk berada dalam industri hiburan Malaysia.
Loca B menerusi Instagram berkata dia kini lebih selesa menjadi seorang ibu dan isteri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan serta keluarga.

Persembahan terakhir Loca B
“Ini persembahan terakhir saya terima sebagai Loca B. Saya tidak lagi berminat untuk berada di industri hiburan Malaysia.
“Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri dan saya mahu memberi fokus kepada kehidupan (anak-anak) yang saya bawa ke muka bumi ini,” kongsi Loca B.
Pada perkongsian yang sama, Loca B turut meluahkan rasa bimbang melihat kebebasan orang secara terbuka berkongsi mengenai masalah rumah tangga selain menunggang agama.
“Malah kepalsuan, tikam bekang dan manipulasi ini tidak berbaloi. Tiada hormat pada rumah tangga. Orang-orang secara terbuka tidak hormat kepada pasangan masing-masing di mana sahaja mereka pergi.
“Kebanyakan orang gunakan agama untuk sembunyikan kebenaran,” katanya lagi.

Anak
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi rap Tuju ini memberitahu dia mahu menjadi contoh yang baik dan mendidik anak-anaknya supaya menjadi manusia yang jujur.
“Saya nak mengajar anak saya perkara yang saya tak pelajari masa kecil. Saya nak menjadi contoh kepada anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya nak rumah tangga yang indah, tiada hasutan orang luar.
“Saya nak anak-anak saya faham tentang agama luar dalam dan bagaimana untuk menjadi manusia yang jujur. Saya juga sedang belajar. Saya nak sesuatu yang mencabar otak.
“Mewahkan saya dengan ilmu pengetahuan. Saya nak anak saya pulang ke rumah kepada saya,” ujarnya.
Kekejaman zionist terhadap rakyat Palestin juga telah membuka mata Loca B untuk bersyukur dengan apa yang dia ada kini.
“Palestin yang membuka mata saya secara jujurnya. Saya sangat kaya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudah menyokong sepanjang perjalanan saya,” ujarnya.Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
“Saya nak mengajar anak saya perkara yang saya tak pelajari masa kecil. Saya nak menjadi contoh kepada anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya nak rumah tangga yang indah, tiada hasutan orang luar.
“Saya nak anak-anak saya faham tentang agama luar dalam dan bagaimana untuk menjadi manusia yang jujur. Saya juga sedang belajar. Saya nak sesuatu yang mencabar otak.
“Mewahkan saya dengan ilmu pengetahuan. Saya nak anak saya pulang ke rumah kepada saya,” ujarnya.
Kekejaman zionist terhadap rakyat Palestin juga telah membuka mata Loca B untuk bersyukur dengan apa yang dia ada kini.
“Palestin yang membuka mata saya secara jujurnya. Saya sangat kaya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudah menyokong sepanjang perjalanan saya,” ujarnya.