Ada di antara kita yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan salah satunya pastilah masalah kewangan.

Kadangkala, masalah kewangan memberikan tekanan yang hebat serta membebankan, terutamanya masalah pembayaran bil.

Jangan risau, sepanjang minggu ini, anda boleh mencuba nasib untuk menyelesaikan masalah ini!

ZAYAN Bayar, sebuah kempen anjuran jenama radio ZAYAN bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pembayaran bil peminat ZAYAN.

Bermula hari ini (22 April) hingga 28 April, penyertaan boleh di hantar menerusi laman rasmi ZAYAN iaitu www.zayan.my.

Setiap pernyertaan harus lengkap dengan maklumat peribadi, beserta lampiran bil dan salinan kad pengenalan.

ZAYAN Bayar dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Peserta perlu melengkapkan penyertaan mereka dengan kisah di sebalik bil tersebut.

Walaupun ZAYAN tidak menetapkan sebarang had bagi nilai bil yang dilampirkan, namun, pembayaran maksima untuk penyertaan-penyertaan yang dipilih untuk ZAYAN BAYAR adalah sebanyak RM500 sahaja.

Peserta ZAYAN Bayar boleh mengemukakan bil-bil keperluan atau perbelanjaan bulanan. Peserta-peserta bertuah akan ditentukan oleh pihak ZAYAN berdasarkan kisah menarik disebalik bil yang dihantar.

Setiap penyertaan yang diterima tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di laman web rasmi ZAYAN.

Selain daripada berhasrat untuk membantu peminat-peminat, ZAYAN secara berterusan ingin mendekati dan mendalami segala kekangan yang dihadapi oleh mereka.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda! Sertai ZAYAN Bayar untuk mendapat bantuan membayar bil dari 22 hingga 28 April 2019 di laman rasmi ZAYAN, www.zayan.my.