Laptop sememangnya merupakan antara peranti penting dalam kegunaan seharian pada masa kini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar pelajar.

Mana tidaknya, banyak tugasan yang perlu diselesaikan menggunakan laptop.

Nak menghasilkan video, suntingan gambar, bahkan sekarang ramai yang perlu mengikuti kelas secara online, sudah pasti semua itu memerlukan sebuah laptop yang boleh memudahkan segala kerja.

Justeru, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah laptop. Ada kalanya sampai pening memikirkan laptop mana yang terbaik.

Apa yang pasti, sekarang ini anda tidak perlu risau lagi! Segala ciri terbaik pada sebuah laptop kini ada pada Microsoft Surface.

Ini antara sebab kenapa anda perlu memilikinya untuk memudahkan anda melaksanakan tugasan setiap hari.

#1 Ringan

Nak bawa ke mana-mana pun lebih mudah jika peranti tersebut ringan. Lebih-lebih lagi jika anda perlu menghadiri kuliah atau melakukan kerja di luar.

Tak ada masalah bebanan pada beg kerana laptop Microsoft Surface Laptop Go didatangkan dengan berat serendah 1.1 kilogram sahaja. Memang ringan! Seperti sepeket gula sahaja guys!


#2 Bateri tahan lama

Salah satu fungsi penting yang perlu ada pada sebuah laptop semestinya keupayaan bateri untuk beroperasi pada tahap maksimum. Ada kalanya perlu menghadiri kelas atau menyiapkan tugasan daripada pagi sampai ke lewat petang.

Surface Laptop Go mampu bertahan sehingga 13 jam lamanya sudah cukup praktikal untuk dijadikan sebagai peranti untuk menyiapkan tugasan yang banyak dalam tempoh masa yang panjang.

Jadi, tak perlu risau lagi untuk mencari punca kuasa sekiranya berada di luar.

Paling syok, peranti Microsoft Surface turut didatangkan dengan fungsi pengecasan pantas. Mampu mencapai tahap 80 peratus dalam tempoh pengecasan kurang daripada sejam.


#3 Peranti all-in-one

Satu kelebihan jika dapat memiliki sebuah peranti yang versatil. Nak jadikan tablet boleh, nak jadikan desktop pun boleh jua.

Jimat ruang pun ya! Mana tidaknya, laptop Surface dari Microsoft ini (Surface Pro 7 & Surface Go 2) memberi kelebihan kepada anda untuk memilih untuk menjadikan peranti anda sebagai tablet sahaja.

Nak catat nota pembelajaran pun lebih mudah dan cepat dengan fungsi Surface Pen yang ada. Barulah nampak trendy , sesuai dengan gaya hidup sebagai seorang pelajar era 2020.



#4 Mudah buat tugasan

Adakalanya nak menaip segala apa yang diberikan guru atau pensyarah mungkin menyukarkan. Namun, kini tak perlu risau sebab terdapat fungsi pengesanan suara yang akan menukarkan audio kepada teks pada aplikasi Microsoft Editor yang ada pada Microsoft 365.

Dengan Microsoft 365, juga anda dapat mengoptimumkan aplikasi Word, Excel, Powerpoint dengan lebih efektif.

Ini kerana, kesemua aplikasi itu kini didatangkan dengan fungsi template premium, powerpoint designer dan Money in Excel bagi memudahkan kerja anda.

Paling syok, anda kini tak perlu risau nak menyimpan kesemua dokumen dan tugasan kuliah anda dengan kemudahan simpanan cloud di OneDrive sehingga 1TB.



Cuma, sekarang ini, anda boleh pilih model tertentu daripada siri Surface yang ada mengikut kesesuaian penggunaan anda.

Microsoft Surface Family didatangkan dengan pelbagai model yang memenuhi keperluaan anda, sama ada untuk kegunaan belajar dan bekerja.

Terdapat Surface Go, Surface Pro 7, Surface Laptop 3, Surface Pro X, Surface Book 3 dan terbaharu Surface Laptop Go.

Kini, Surface Laptop Go (i5/8GB/256GB) terdapat tawaran yang anda semua menanti-nantikan! Dengan setiap pembelian Surface Laptop Go (i5/8GB/256GB) dan Microsoft 365 Personal combo, anda akan menikmati RM200 baucar untuk ditebus segera!

Lagi syok kalau anda seorang pelajar, anda dapat menikmati 5% promosi rebat pelajar lagi (daftarkan di sini)!

Tawaran hebat ini bermula dari 1hb sehingga 20hb Januari 2021. Dapatkan segera di sini!



Nak tahu lebih lanjut mengenai model lain yang ada pada Microsoft Surface, anda boleh layari di sini.

Jadi, tunggu apa lagi, jom pergi ke showroom Senheng untuk mendapatkan Microsoft Surface berdekatan anda. Jom tengok lokasi Senheng terdekat dengan anda di sini.