Gaya Hidup

Pening Nak Mix & Match, Ini Cara Mudah Nak Pilih Tudung Raya!

gempak
Amri Hassan
19/05/2020
12:41 MYT
Sponsor Banner
Pening Nak Mix & Match, Ini Cara Mudah Nak Pilih Tudung Raya!
Setiap kali tibanya Syawal pasti ramai yang pening nak pilih corak, warna dan bentuk tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan busana yang bakal digayakan.
Nasihat pemilik Dhamizah by Bawal Exclusive, Daeng Hamizah Abd Aziz, ada lima kriteria perlu dipertimbangkan ketika memilih tudung.
Jadi, Gempak senaraikan semula cara-cara untuk anda kaum wanita lebih mudah memilih tudung untuk melaram di pagi Syawal nanti.
1. Warna
Kita perlu tengok warna itu sesuai atau tidak dengan tona kulit kita. Kalau berkulit cerah boleh piliha apa juga warna, kalau kurang cerah boleh pilih warna lebih lembut.
2. Fabrik
Satin, cifon, bawal ada pelbagai jenis di pasaran. Kita tengok mana yang sesuai dengan bentuk muka kita.
3. Saiz
Kalau yang bertubuh agak kecil, elakkan memakai tudung yang terlalu besar dan begitulah sebaliknya.
4. Bentuk
Ada tudung berbentuk empat segi tepat dan empat segi sama, jadi pilih mengikut cara yang lebih mudah untuk digayakan.
5. Stail
Setiap orang ada citarasa dan cara menggayakan tudung masing-masing. Nak ikat, lilit atau apa saja mesti sesuaikan dengan bentuk muka masing-masing.
Hamizah juga pernah disenaraikan sebagai salah seorang personaliti 40 Under 40 pada tahun 2017 oleh majalah Prestige Malaysia.
BACA: RM9,600, Hamizah Pemilik Tudung Termahal Di Batu Pahat! "Tudung Umpama Emas, Makin Lama Makin Naik Harga"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live