Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

Mya Amri
02/07/2024 08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Sebagai bukti, Alif pernah menjadi lelaki paling dibenci dalam negara suatu ketika dahulu gara-gara wataknya sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama Dia Semanis Honey benar-benar menjadi.

Tidak hanya dalam drama, Alif juga mencetuskan kempen solat subuh berjemaah di masjid yang diberi nama Geng Subuh Macam Jumaat sehingga menjadi fenomena.

Rekomendasi rancangan pilihan Aliff

Walaupun menjadi seorang pelakon, sudah pasti Alif juga mempunyai rekomendasi tersendiri mengenai drama dan juga program pilihannya.

Alif juga turut memberikan penjelasan mengenai rancangan kegemaran pilihannya.

Berikut merupakan tujuh rancangan pilihan Alif yang boleh anda tonton bersama keluarga.

1.Geng Subuh Macam Jumaat

“Bagaimana saya bermula dengan kempen ini adalah bukan dengan memberitahu di Instagram, sebaliknya saya memaklumkan kepada rakan yang juga merupakan jiran saya.

“Saya kata daripada awak teman saya berlari, apa kata awak teman saya pergi solat Subuh. Bermula dengan seorang, saya bawa jiran saya dan menggunakan hashtag #GengSubuhMacamJumaat di Instagram.

“Kemudiaan keesokannya ada 10 orang yang turut serta, dan meningkat kepada 50 ke 100 orang. Tidak sampai sebulan, saya rasa seluruh negara telah pun mengikutinya,” jelas Alif

2.Geng Ngaji

“Mereka panggil saya untuk mengaji dan saya gementar sebenarnya. Tetapi saya tidak boleh nak elak sebab mereka cakap takkan duta saluran Astro Oasis tak sertai program Geng Ngaji. Jadi saya bersetuju dan saya kata okay jom,” ujar sambil ketawa.

3.Tazkirah Malam Jumaat

“Bila adanya Tazkirah Malam Jumaat, bagi saya ia sangat istimewa sebab kita dapat ilmu. Ilmu untuk memperbaiki diri kita sendiri termasuklah saya.

“Selepas saya balik daripada melakukan ibadah haji, sudah pasti anda akan cuba untuk memperbaiki diri dengan apa sahaja. Itu jihad saya sendiri. Bila kita tahu tentang sesuatu, kita dapat merasakan seperti sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi.

“Jadi bila adanya program ini, saya pun tak sabar. Saya bersama panel untuk menceritakan ilmu-ilmu agama. Benda-benda Istimewa dan itu yang kita kena selalu kejar iaitu ilmu,” jelasnya.

4.Dia Semanis Honey

“Saya masih ingat lagi pada masa drama ini ditayangkan, keesokan harinya menjadi tular dan saya terus menjadi orang yang paling dibenci dalam negara pada masa itu sebab orang ambil serius tentang watak saya.

“Saya dan Nana pun masing-masing sudah berkahwin, ada anak. Kami memainkan karakter sweet yang kami perlu betul-betul berlakon, jadi memang kekok. Bila nak pandang mata orang nak cakap saya betul-betul sayangkan awak Hani (nama karakter).

“Saya rasa selepas keluar Dia Semanis Honey, pengikut Instagram saya naik dua juta dalam masa kurang tiga bulan hanya kerana karakter Ahnaf Wafiy,” ujarnya.

5.Jack Yusof

“Saya tak boleh ingat babak tertentu dalam Jack Yusof tetapi karakter Datuk Rosyam Nor dalam drama itu sangat menggambarkan diri dia pada saya,” ulasnya.

6.Memori Pajeri Nenas

“Merupakan satu supertele yang terbaik dan saya seronok dapat bekerjasama dengan Tiz Zaqyah,” ujarnya.

7.Anthony Bourdain: No Reservations

“Cara dia mengacara program dia itu seolah-olah dia menulis sebuah buku. Bila dia berkata-kata, kedengaran sungguh fasih dan cara penyampaiannya juga membuatkan kita rasa seperti turut serta bersamanya.

“Dia juga merupakan seorang cef dan suka makan, jadi bila dia makan kita pun dapat rasa kesedapannya,” katanya.

Jadi jangan lupa saksikan video penuh di YouTube Astro Malaysia dan Jom Usha juga cerita kegemaran Alif Satar On Demand dan strim di Astro Go, anytime anywhere ok guys!

#Alif Satar #Dia Semanis Honey #Drama #Rancangan #Jom Usha #Rancangan Pilihan
;