Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Peninju Wanita MMA Terberak Ketika Dibelasah

Amri Hassan
07/07/2017 09:24 MYT
Anda mungkin pernah menonton perlawanan WWE yang disiarkan dalam kaca televisyen namun bagaimanakah pula perlawanan MMA (Mixed Martial Arts).

Jika perlawanan WWE hanyalah sandiwara di hadapan kamera semata-mata, tidak bagi MMA kerana semua aksi di hadapan kamera adalah benar.

Terbaharu, kejadian memalukan berlaku apabila seorang peninju wanita MMA, Justine Kish terberak ketika sedang bertarung di dalam gelanggang dengan Felice Herrig di UFC Fight Night 122.

Justine telah ditumbuk bertubi-tubi oleh Felice sebelum cairan berwarna coklat terkeluar dari bahagian belakang wanita itu yang memakai seluar dalam hitam.

Sebahagian gelanggang itu pula 'dibanjiri' cairan coklat tersebut yang dipercayai najis.

Malu bertimpa-timpa apabila Justine yang merupakan seorang peninju MMA profesional kalah di tangan Felice.

Bagaimanapun, Justine kelihatan tenang berhadapan dengan peminat dan owang awam malah sempat mengemaskini laman sosial Twitternya.

"I am a warrior, and I will never quit. #ShitHappens haha be back soon. (Saya seorang pejuang dan tak pernah mengalah. Saya akan kembali.)" tulisnya.








Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: MMA Junkie
#Viral #Viral #Justine Kish #MMA
;