Seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan rogol, liwat, sumbang mahram dengan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.
Bagaimanapun, hari ini rata-rata netizen meluahkan rasa tidak hati dengan hukuman terhadap bapa durjana tersebut dan menganggap ia tidak setimpal dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap anak perempuannya.
Lihat komen di sini:
Terdahulu, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak, Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman tersebut selepas bapa tiga anak perempuan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada Jumaat.
Yong Zarida menjatuhkan hukuman penjara kepada lelaki itu selama 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa persetubuhan, mengabaikan dan mendera anak secara seksual.
Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun penjara di atas tuduhan meliwat mangsa.
Hakim telah memerintahkan hukuman dijalankan bermula 26 Julai lalu pada hari tertuduh ditangkap.
Lelaki yang merupakan ejen unit amanah itu menghadapi 591 pertuduhan kerana meliwat anak perempuannya, 30 pertuduhan kerana seksual secara fizikal dan satu lagi pertuduhan kerana mendera mangsa.
Dia didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali sehari antara Januari dan Julai tahun ini, kecuali dua hari sebelum Ramadan dan hari pertama sebelum bulan puasa bermula pada Mei lalu.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka mengerjakan Umrah di Makkah pada 3 April, 2015.
Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin.
Tertuduh tiba di Istana Kehakiman sekitar jam 8.40 pagi tadi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta pegawai-pegawai dari kementerian berkenaan juga hadir menyaksikan prosiding.
Media tempatan dan antarabangsa turut membanjiri premis komplek mahkamah seawal 8 pagi untuk membuat liputan kes berprofil tinggi ini.
Fiza Kamarudin
Fri Sep 08 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.