Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

Gempak
15/07/2024 14:54 MYT
Polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang hari ini.

"Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

"Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Sebelum ini, portal ini melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Sumber: Harian Metro
#Viral #Bunuh #Polis #Reman #Penjawat Awam #Tahan #UPSI #Siasat #Farah Kartini