Penjawat Awam Wanita Negeri Sembilan Boleh Balik Seawal 2PM Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan
Gempak
21/03/2024 09:20 MYT
21/03/2024 09:20 MYT
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan semua penjawat awam wanita termasuk bukan Islam di negeri ini pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat selaras dengan pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Khas Ramadan kali ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bermula 15 Januari lalu, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan telah menggunakan WBF seperti pelaksanaan WBF di agensi Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, pelaksanaan WBF ini merangkumi pilihan WBF bulan Ramadan, di mana penjawat awam dibenarkan pulang 30 minit lebih awal setelah waktu rehat dikurangkan 30 minit.
"Sempena bulan Ramadan ini pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pelaksanaan WBF Khas Bulan Ramadan Tahun 2024 iaitu keistimewaan yang dikhaskan kepada penjawat awam wanita untuk membuat pilihan pulang lebih awal pada hari Jumaat.
"Ia setelah cukup jam bekerja dan pulang seawal jam 2 petang dengan syarat tiada waktu rehat tengah hari," katanya selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban pada Rabu.
Ujarnya, bagaimanapun, ketua jabatan adalah bertanggungjawab untuk memantau waktu bekerja pegawai yang perlu bertugas dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai bawah seliaan.
"Perlu juga memastikan perkhidmatan kaunter tidak terjejas dengan pelaksanaan kemudahan tersebut.
"Semoga pelaksanaan ini akan meningkatkan motivasi semua penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dalam memberikan komitmen sepenuhnya kepada perkhidmatan awam negeri," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Foto: Astro Awani