Berita

Penjelasan KWSP Tentang Kenapa Pemohon i-Lestari Tidak Terus Diluluskan Ke i-Sinar

gempak
Badrul Hashim
03/12/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
Penjelasan KWSP Tentang Kenapa Pemohon i-Lestari Tidak Terus Diluluskan Ke i-Sinar
Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasi yang dihadapi negara ketika ini.
Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.
Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.
“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat permohonan i-Lestari pada masa itu.
Baca: i-Sinar: Ini Dua Kategori Yang Layak Memohon KWSP
“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar. Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.
Tambah Alizakri ketika i-Lestari diperkenalkan juga, bantuan yang disalurkan kerajaan masih tidak secara menyeluruh.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun 2 KWSP berkuat kuasa 1 April bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.
Sumber & Gambar: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024