Kediaman pasangan selebriti Hollywood Shawn Mendes dan Camila Cabello yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat telah dimasuki pencuri pada Ahad.

Memetik laporan TMZ, penjenayah yang menceroboh masuk dengan memecahkan tingkap itu berjaya melarikan sebuah kereta mewah di hadapan kediaman pasangan berkenaan.

Difahamkan, sewaktu kejadian Shawn dan Camila berada di dalam rumah! Sebaik menyedari hal itu, penjenayah tersebut terus meninggalkan kawasan kediaman terbabit.

Bagaimanapun, penjenayah itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya melarikan kereta Mercedes G-Class milik Shawn Mendes.

Sumber juga melaporkan kedua bintang kesayangan ramai itu berada dalam keadaan selamat.

Pihak berkuasa pula sedang melakukan tugas mereka untuk menyiasat siapakah yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kredit Foto : Tripale & Daily Drolls