Laman Utama

Penonton Banding Karya Tempatan Dengan Drama Korea, Shahrulezad: “Kalau Bajet Kahwin RM1 Juta Boleh Guna Bunga Segar, Kalau RM35k Guna Bunga Plastik Jelah...”

gempak
Izwan Isa
29/09/2021
11:55 MYT
Sponsor Banner
Penonton Banding Karya Tempatan Dengan Drama Korea, Shahrulezad: “Kalau Bajet Kahwin RM1 Juta Boleh Guna Bunga Segar, Kalau RM35k Guna Bunga Plastik Jelah...”

Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin mengakui mampu untuk menghasilkan drama bersiri mega seperti drama yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu Squid Game.

Menurut Shahrulezad, drama bersiri tersebut mempunyai idea yang lebih kurang sama dengan beberapa naskhah sedia dan dan dia yakin mampu menghasilkan naskhah yang serupa jika menerima bajet yang berpadanan dengan produksi Korea itu.
“Saya telah menonton drama tersebut dan bagi saya, idea asalnya mirip dengan beberapa drama dan filem sedia ada seperti The Hunger Games.
“Jadi, jika saya diberi bajet yang serupa, saya rasa saya boleh buat. Dan saya yakin, rumah produksi tempatan lain juga mampu untuk menghasilkan drama seperti itu jika kena dengan bajet,” katanya ketika dihubungi Gempak.
BACA: #Popcorntime: Apa Yang Marah Sangat Dengan Squid Game Sampai Nak Pandang Serong? Teruk Sangat Ke
Bagaimanapun menurut Shahrulezad, kenyataannya itu tidak membawa maksud bahawa drama bersiri Squid Game tidak mempunyai kualiti.
“Squid Game merupakan sebuah karya yang baik. Dari segi produksi mahupun skrip. Cuma, pada mulanya, harapan saya tinggi terhadap siri itu. Namun, setelah menontonnya, saya dapati idea karya berkenaan lebih kurang sama dengan beberapa karya yang sudah saya tonton,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pengarah yang popular dengan drama Nur itu berkata, dia berharap agar penonton tidak terus membandingkan karya tempatan dengan karya antarabangsa.
“Bagi saya, agak kurang adil untuk membandingkan karya tempatan berbajet sekitar RM35,000 dengan drama Korea yang diberi ratusan ribu untuk setiap episod. Sebagai contoh, kalau kita ada bajet RM1 juta untuk majlis kahwin, kita boleh guna bunga-bunga segar sebagai hiasan. Tetapi, kalau bajet sekadar Rm35,000, kita guna bunga plastik sahajalah.
“Mungkin juga budaya membandingkan diri sendiri dengan orang luar telah bercambah dalam diri rakyat Malaysia sejak sekian lama. Ada segelintir keluarga pun membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Jadi, jati diri kita sebagai rakyat Malaysia sedikit demi sedikit hilang,” katanya.
Begitupun, Shahrulezad optimis dengan karya-karya tempatan yang dilihat makin meroket dari segi jalan cerita dan kualiti.
“Sejak kebelakangan saya perhatikan banyak karya-karya bagu dipertontonkan kepada umum. Astro pun ada siri original mereka dan beberapa naskhah lokal juga sudah mula ditayangkan di platform penstriman.
“Ia merupakan petanda yang baik dan sihat untuk industri kita. Saya yakin, tidak lama lagi mungkin lebih banyak produk-produk tempatan bakal mendapat perhatian platform-platform sebegini,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live