Laman Utama
Penonton Buat Andaian Khay Bukan Anak Erma.. “Sebab Tu La Dia Suka Hati Je Nak Bunuh Khay”
Banyak hal yang berlaku menerusi episod kelapan drama bersiri I-Tanggang yang disiarkan pada Isnin. Melihat dari perspektif penceritaan watak utama, karakter Khay dan Syafiq mendapat perhatian kebanyakan penonton.
Hal ini termasuklah momen sedih di mana Erma iaitu ibu Khay dibunuh dan emosi yang melanda Syafiq di atas keputusannya untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga terjaga.
Pendek kata, penonton berendam lara dan air mata ketika menyaksikan episod I-Tanggang baru-baru ini.
Luahan dan respons jujur daripada penggemar I-Tanggang boleh dilihat menerusi ciapan-ciapan yang dihantar menerusi tanda pagar I-Tanggang di Twitter sejak Isnin sehingga ke hari ini.
“Part mak dia kena bunuh tu, sian kat Khay. Even mak dia jahat dengan dia, dia tetap sayang mak dia. Boleh nampak muka sedih Khay,” tulis seorang pengguna Twitter yang turut mengesyaki bahawa Khay bukan anak kandung Erma.
Kemudian, seorang lagi penggemar I-Tanggang turut berkongsi teori berkenaan dengan plot tersirat di sebalik drama tersebut.
“Bayangkan sebenarnya dari sebelum Khay lahir lagi suami Erma nak bercerai sebab tak serasi. In order untuk taknak bercerai, ye la sebab Erma ni jenis yang desperate kan, dia buat fake pregnancy so that suami dia dapat jaga dia. And untuk tak nak kantoi...
“Cukup tempoh bersalin, Erma ni terpaksa culik anak orang lain aka anak Puan (Indah?) kat hospital yang dia kerja as nurse dulu. So dia pun kelentong suami dia yg dia dah beranak, pastu namakan Khay. Sebab tu la, Puan Indah ni beria cakap Erma ni kidnap anak orang.
“So sebab kan Erma baru bersalin, suami dia takleh lah nak bercerai sebab kena jaga Erma ni. So, plan Erma berjaya. Cepatkan cerita, untuk tak nak pecah rahsia, Erma ni yang bunuh Puan Indah sebab Erma ni kan biul sikit otak dia.
“So selama ni, Khay ni bukanlah anak Erma dengan suami dia, Erma tak pernah mengandung pun, sebab tu la dia suka hati je nak bunuh Khay tu. Shshhshsssh prediction je wkwkwk,” tulisnya.
Apakah kesudahan I-Tanggang? Boleh saksikan episod seterusnya pada minggu hadapan.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video