HIBURAN
Penonton Cuak Lihat Katy Perry Hampir Terjatuh Dari Props Rama-Rama Gergasi
Penyanyi pop antarabangsa, Katy Perry berdepan detik cemas ketika membuat persembahan di konsert Lifetimes Tour apabila hampir terjatuh dari props rama-rama gergasi yang tergantung di udara.
Insiden itu berlaku ketika Perry sedang menyampaikan lagu popularnya Roar di atas pentas Chase Center, San Francisco.
Menerusi video yang dikongsikan peminat di media sosial, props berbentuk rama-rama yang membawa Perry dilihat tiba-tiba terhenti dan menjunam beberapa kaki, mencetuskan jeritan panik daripada penonton.
Walaupun jelas terkejut, Perry dilihat berjaya mengawal keadaan dengan tenang.
Dalam beberapa saat sahaja, dia menyambung kembali nyanyiannya dengan penuh keyakinan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Dia cakap nyanyian tidak boleh dihentikan, kerana peminat sudah bayar untuk dengar dia menyanyi, Katy Perry kawal dengan baik sekali.
“Teruskan menyanyi seperti pro.
“Saya harap dia okay.
“Oh, itu sangat menakutkan,” tulis netizen.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak masih tiada kenyataan rasmi yang diberikan oleh pelantun lagu Wide Awake di platform media sosialnya.
Sekadar info, sebelum ini penyanyi, Beyonce juga dikhabarkan mengalami insiden sama ketika prop kereta terbang yang digunakan dalam konsert Cowboy Carter Tour di Houston, Texas tiba-tiba senget ketika berada di udara.
Bagaimanapun, Beyoncé berjaya diturunkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.