Mendebarkan! Siaran langsung program MeleTOP yang bersiaran malam tadi diganggu jeritan dan rasukan seorang penonton. Apa dah jadi?

Baru bersiaran dalam hampir 10 minit, lampu yang menyinari set MeleTOP juga terpadam gara-gara gangguan misteri tersebut.

A post shared by MeleTOP (@meletop)


Jangan risau, itu semua hanyalah gimik bagi drama premium terbaharu di bawah Astro Originals iaitu Histeria The Series.

Jeritan tersebut merupakan daripada salah seorang pelakonnya iaitu Amelia Christie.

Menampilkan tiga orang pelakon utamanya iaitu Nam Rom, Sharifah Aryana dan Amelia, kehadiran mereka menambahkan lagi sambutan terhadap karya seram yang disambung daripada filem Histeria pada tahun 2008 arahan James Lee.

Selain pelakon hebat ini, naskhah Histeria The Series diterajui oleh wajah berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki dan Serra Kamal.

Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.

Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.

Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.