Penonton Geram Dengan Esra, Tapi Sedih Tengok Nasib Khay & Syafiq Dalam I-Tanggang - “Mind Blowing Betul…”
Izwan Isa
23/11/2021 07:50 MYT
23/11/2021 07:50 MYT
Semalam, episod 11 drama bersiri I-Tanggang baru sahaja ditayangkan dan respons yang diberikan oleh penonton sungguh luar biasa!
Pelbagai maklum balas dapat dilihat daripada komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial dan rata-rata meluahkan rasa kurang berpuas hati terhadap dua perkara iaitu kesanggupan Esra mengkhianati Khay dan Syafiq serta ketidaktelusan sistem keadilan yang dipersembahkan dalam siri berkenaan.
“Selepas menonton episod kali ini, saya sedar betapa tidak adilnya hidup. Saya sedar yang kehidupan selalunya tidak adil tetapi selepas menonton seseorang yang datang daripada keluarga susah ditindas oleh mereka yang berada merupakan satu hal yang tidak wajar untuk dilihat,” tulis seorang lagi penonton I-Tanggang.
Menerusi episod 11, perspektif peguam Khay dan Syafiq yang pada asalnya diupah untuk membuat kedua-dua mereka mengaku yang mereka cuba membunuh Erma dilihat bertukar dan menasihati anak guamnya mengaku tidak bersalah.
Justeru, adakah peguam Khay dan Syafiq akan membantu mereka dalam membuktikan hal sebenar pada episod akhir yang akan ditayangkan pada minggu hadapan? Jangan lupa saksikan penutup I-Tanggang pada episod 12 akan datang.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.