Laman Utama
Penonton Geram Watak Fauzi Si Kaki Pukul, Haerieyanto "Saya Suka..."
Membawa watak seorang lelaki dan suami kaki pukul, dayus dan penagih dadah membuat nama pelakon Haerieyanto Hassan menjadi sebutan dalam kalangan penonton drama Derita Untuk Bahagia.
Menerusi drama yang sedang rancak ditayangkan di slot Tiara di Astro Prima tersebut, Haerieyanto memegang watak Fauzi.
Ironi kata Harieyanto, watak Fauzi pada asalnya digambarkan sebagai seorang yang dayus dan loser.
"Tapi saya baca skrip dan kembangkan ia sebagai seorang penagih dadah, kaki judi dan kaki pukul," katanya kepada Gempak.
Membawa karakter Fauzi si kaki pukul, Harieyanto mengaku suka dengan watak sebagai wife beater.
Bukan gian atau tempat melepas geram, namun dia mengaku ia memberi cabaran dan kepuasan tersendiri kepadanya untuk bereksperimentasi dan ekspresi seni dalam sesebuah naskhah yang dilakonkan.
"Sebenarnya saya tak suka adengan kena pukul isteri kerana saya lelaki dan cuba berlemah lembut saat melakukan aksi memukul itu.
"Tapi saya suka watak Fauzi ini kerana tidak menyukai watak yang bosan. Dengan Fauzi, saya telah ciptakan dia menjadi seorang yang dayus dan hipokrit," katanya.
Harieyanto bagaimanapun mengatakan watak tersebut sangat berbeza dengan penampilan sebenarnya. Dia menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang gemar berkebun, membaca, duduk di rumah dan memasak.
"Kalau saya jumpa Fauzi dan tahu mangsa dia ahli keluarga saya, memang confirm kena sepak terajang dengan saya," katanya sambil ketawa.
Selain Haeriyanto, drama 30 episod arahan Ejump Mohd dan terbitan MIG Productions Sdn Bhd itu turut menampilkan lakonan Azar Azmi, Amar Baharin, Hafreez Adam.
Must-Watch Video