Laman Utama

Penonton I-Tanggang Rengsa Esra Khianati Khay & Syafiq - “Bapak Kau Ni Memang Ye Esra. Oh My God! Marahnya Aku”

Izwan Isa
16/11/2021
06:50 MYT
Mungkin episod 10 drama bersiri I-Tanggang boleh dikategorikan sebagai episod yang paling menyayat hati sepanjang tempoh drama tersebut bersiaran.
Hal ini dapat dilihat sewaktu pihak berkuasa bertindak menahan Syafiq atas tuduhan cubaan membunuh Erma sambil disaksikan oleh adik-adik serta ibunya.
Rasa sedih semakin menyelubungi penonton tatkala menyaksikan Esra seperti berpaling tadah terhadap dua kawannya yang lain ketika sesi soal siasat dijalankan. Tidak seperti dijanjikan iaitu menutup mulut mengenai kejadian berkenaan, Esra menuduh Syafiq menikam Erma.
Lebih parah, ayah kepada Esra sanggup mengeluarkan sejumlah wang sekitar RM100,000 sebagai rasuah kepada seorang lagi peguam untuk membuatkan Syafiq serta Khay mengaku membunuh Erma.
Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata penonton melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Esra yang disifatkan sebagai mementingkan diri.
“No wonderlah Esra ni jadi macam ni. Aku dah kata. sebab dimanjakan sangat. Bapak kau ni memang ye Esra. Oh my God! Marahnya aku!” tulis seorang penonton.
“Peguam macam ni la bahaya, makan duit haram. Pengajaran, kalau ada peguam yang tawarkan diri, janganlah sesekali kita menerima, lagi-lagi dia cakap dia boleh handle.
“Sama ada dia jadikan kita pesalah, atau dia tipu amik deposit then belah,” kongsi seorang lagi penonton I-Tanggang.
Sementara itu, ada juga yang melabelkan Esra sebagai seorang kawan yang khianat.
“Esra is the next level of pengkhianat, pembunuh, anak derhaka, yang busuk semua dia la orang camni kalau terlepas ayyy sumpah la,” tulis seorang pengguna Twitter dalam nada geram.
Pada penghujung episod, pihak berkuasa berjaya menahan Khay di hospital ketika dia melawat ibunya yang parah ditikam. Adakah dengan penahanan Khay bakal memberikan perspektif berbeza terhadap pihak berkuasa? Nantikan episod 11 I-Tanggang minggu depan.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Serangan Balai Polis: Ibu, Bapa Tiada Kekuatan Lihat Barang Arwah Konstabel Muhamad Syafiq

gempak
08/06/2024
23:55 MYT
Ahli keluarga kepada Konstabel Muhamad Syafiq, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak sanggup untuk membuka bungkusan barang peninggalan Allahyarham yang diterima mereka.
Laman Utama

Syafiq Kyle & Mimi Lana Tunggu Masa Nak Kongsi Tarikh Nikah - “Saya Rasa Semua Orang Yang Melalui Proses Ini Akan…”

gempak
12/07/2023
07:50 MYT
Mesti tak lama je lagi ni...
Laman Utama

#PE3: Tidak Mahu Sama ‘Level’, Syafiq Kyle Akui Gementar Bergandingan Dengan Zizan Razak & Shahiezy Sam - “Saya Percaya Setiap Pelakon Ada…”

gempak
30/05/2023
05:55 MYT
Syafiq pun power boh!
Laman Utama

Bahang ‘Polis Evo 3’ Kian Terasa, Syafiq Yusof Berlapang Dada Terima Kritikan - “Bagi Saya, Apa Salahnya Kalau Seorang Pengarah…”

gempak
23/05/2023
08:50 MYT
Syafiq sedia terima kritikan.
Laman Utama

Syafiq Yusof Kesal Blog Putar Belit Kenyataan Melibatkan Syamsul Yusof - “Kalau Teruk Sangat, Saya Akan Ambil Tindakan!”

gempak
20/05/2023
13:55 MYT
Syafiq Yusof terkilan...