Penonton I-Tanggang Bengang Khay Tak Nak Cerita Hal Sebenar, Berdebar Menanti Setiap Episod Baharu!
Izwan Isa
08/11/2021 07:50 MYT
08/11/2021 07:50 MYT
Seperti biasa, drama bersiri I-Tanggang bakal bersiaran dengan episod baharu malam ini. Menerusi sedutan episod baharu yang dimuat naik menerusi akuan Instagram Astro Shaw, ramai, Khay dilihat cuba bercerita tentang kejadian pembunuhan ibunya, Erma kepada pihak berkuasa.
Namun, menerusi sedutan berkenaan, Khay seolah-olah tidak mahu bercerita hal sebenar dan banyak hal lain yang dirahsiakan oleh Khay daripada pengetahuan orang luar termasuk bapanya sendiri.
“Apa ke bodoh Khay tu? Cakaplah mak kau nak bunuh kau dan Esra selamatkan kau, kat situ kau dah selamat, haish,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Jari jadi macam ni sebab mak dia yang buat bukan tersepit... please jangan buat cerita Khay,” rayu seorang lagi pengikut drama berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang melahirkan rasa sedih kerana Khay masih lagi membela ibunya yang selama ini mendera mental serta fizikalnya.
“Sayang betul lah dia kat mak dia... ya Allah aku pulak yang geram,” kongsi netizen berkenaan.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya dan mengapakah Khay masih lagi tidak menceritakan kejadian sebenar walaupun ayahnya ada di sisi? Saksikan episod baharu I-Tanggang malam ini.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!