Penonton I-Tanggang Mula Bengang Sebab Bapa Khay Pun Tak Percaya Anak Sendiri
Izwan Isa
22/11/2021 08:50 MYT
22/11/2021 08:50 MYT
Minggu lalu, penonton drama bersiri I-Tanggang telah disajikan dengan babak penangkapan Esra, Syafiq dan Khay oleh pihak berkuasa kerana didakwa cuba untuk membunuh ibu Khay iaitu Erma sebelum ini.
Selain itu, penonton juga melahirkan rasa geram selepas peguam Esra dilihat cuba membeli ‘keadilan’ dengan merasuah seorang peguam lain untuk meyakinkan Syafiq dan Khay supaya mengaku cuba untuk membunuh Erma.
Mungkin rasa geram penonton akan dibawa ke episod seterusnya. Menerusi sedutan episod baharu I-Tanggang yang dikongsikan oleh akaun Instagram Astro Shaw, bapa kepada Khay dilihat tidak mempercayai pengakuan yang dibuat oleh anaknya yang mendakwa Erma telah menderanya.
Menurut bapa Khay, mustahil Erma sanggup melakukan penderaan tersebut kepada anaknya sendiri.
Meninjau ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh bapa Khay. Menurut penonton, suami dan isteri sama sahaja.
Selain itu, ada yang masih melahirkan geram terhadap Erma dan percaya bahawa Esra menikam Erma atas alasan mempertahankan diri kerana ingin melindungi Khay.
“Mama Khay punya psycho memang tak boleh bawa bincang, sanggup cederakan anak, nak potong lidah dan nak bunuh anak. Boleh gelak-gelak bila anak takut, sampai hati,” tulisnya.
Apakah nasib tiga sekawan yang menggelarkan diri mereka I-Tanggang di alam maya? Saksikan episod terbaharu I-Tanggang malam ini.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.