HIBURAN
“Penonton Malaysia Masih Tidak Dapat Terima Apa Yang Terlalu Direct” - Pekin Ibrahim Komen Isu Adegan Kontroversi Dalam Drama
Pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim berpendapat bahawa penonton di Malaysia masih belum terbuka untuk menerima karya yang menyentuh isu sensitiviti meskipun perkara tersebut benar berlaku dalam realiti.
Menurut Pekin, seseorang pengarah itu sudah tentunya mempunyai objektif mereka tersendiri dalam usaha menyampaikan mesej dalam sesebuah karya.
“Setiap pengarah mereka sudah tahu apa yang mahu dilakukan, sensitiviti penonton Malaysia masih tidak dapat terima apa yang terlalu ‘direct’ , saya percaya pengarah ada sebab nak paparkan adegan tersebut.
“Saya rasa tiada masalah apa yang telah dilakukan, mungkin ada yang terlalu sensitif, tapi kejadian itu benar berlaku di negara mungkin terlalu ‘direct’ jadi penonton terkejut lah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Malika Muzik Festival 2025 pada Rabu.
Selain itu, Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 43, menganggap bahawa toleransi masyarakat ketika menonton sebuah drama atau filem itu sangat penting.
“Bagi saya itu adalah sekadar hiburan dan yang lebih faham adalah pengarah sendiri. Mungkin ini jadi besar kerana sensitiviti orang Malaysia tidak boleh menerima sesuatu yang lebih ‘direct’.
“Kalau ada toleransi daripada penonton mungkin tidak akan ada isu tersebut.
Sebelum ini, adegan dalam drama bersiri Bidaah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial selepas memaparkan beberapa adegan yang dianggap sensitif.
Must-Watch Video