Penonton Sifatkan The Garden of Evening Mists Karya Hebat, Anggap Seperti 'Titanic' Versi Malaysia!

ZULHILMI JALIL
Januari 26, 2020 05:33 MYT
Filem The Garden of Evening Mists menerima pelbagai respons positif dalam kalangan penonton sejak ditayangkan lebih seminggu yang lalu.
Ramai yang memuji filem yang diadaptasi daripada novel hasil karya tulisan Tan Twan Eng itu sebagai sebuah naskhah yang patut dibanggakan sebagai rakyat Malaysia.
Bahkan, ada juga yang menyifatkan filem yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 itu merupakan sebuah karya yang dilihat sebagai Titanic versi Malaysia.
"The Garden of Evening Mists perlu dilihat sebagai kita punya versi Titanic atau The Notebook dari segi kesedihan dan nostalgia yang dipaparkan. Bahkan karya ini nilainya lebih mendalam memandangkan kisah sejarah negara ini lebih dekat kepada kita.
"Belum ada lagi filem Malaysia yang membuatkan saya tersentuh sehingga sekarang. Babak terakhir saya hampir menangis. Ia terlalu bagus. Inilah filem yang kita nanti-nantikan selama ini," tulis pemilik akaun @Thiyaga27 di laman Twitter.

The Garden of Evening Mists should be seen as our own Titanic or The Notebook in terms of its level of sadness & nostalgia albeit even more profound because this country’s past is closer to us. WHY AREN’T WE MAKING THIS MOVIE A BLOCKBUSTER?!

— Thiyagaraja (@Thiyaga27) January 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

No Malaysian movie has ever moved me, that is, UNTIL TODAY. That last shot, I almost cried motherfucker. Fuck, it’s good. This is the movie we’ve been waiting for.https://t.co/R4K6rCh26L

— Thiyagaraja (@Thiyaga27) January 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem The Garden of Evening Mists memaparkan kisah wanita yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam
Karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu menampilkan pelakon Sinje Lee dan aktor popular Jepun, Hiroshi Abe selaku teraju utama.
Menariknya, filem bertaraf antarabangsa itu menjalani penggambaran sepenuhnya di negara ini.
BACA: 5 Lokasi Menarik Di Malaysia Yang Dipaparkan Dalam Filem The Garden of Evening Mists
Jadi, jangan lupa, saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda hari ini!
#Filem #Filem #The Garden of Evening Mists