KELUANG MAN
Penonton Sifatkan Keluang Man Sebagai Superhero Terbaik Buatan Malaysia - “Keluang Man Deserves The Hype!”
Setelah sekian lama menanti akhirnya filem ikonik superhero negara, Keluang Man yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan pada 29 Mei ini.
Puas hati dengan Keluang Man
Malah sejak treler dikeluarkan sebelum ini juga, ramai yang meluahkan rasa tidak sabar dan memberikan sokongan padu terhadap Keluang Man.
Perkara itu nyata terbukti apabila penonton yang hadir ke Malam Gala Filem Keluang Man untuk menonton tayangan perdana di GSC, IOI Mall pada Khamis meluahkan rasa puas hati terhadap naskhah hebat itu.
Terus terang, boleh dikatakan pemilihan pelakon agak kena dengan watak dalam naskhah tersebut kerana permulaannya saja, penonton sudah ‘dihidangkan’ dengan pelbagai ragam daripada Borhan yang dilakonkan oleh Nas Muammar Zar selain lakonan hebat Shamsir (Remy Ishak) dan Ayah Mad (Rosyam Nor).
Manakala pemilihan dua lagi pelakon iaitu Shweta (Dr Malini) dan Anwaar Beg Moghal (Inspektor Sahab) juga turut mewarnai dan mencantikkan lagi naskhah Keluang Man ini.
Menggamit nostalgia
Menerusi perkongsian di media sosial, penonton menyifatkan Keluang Man sebagai filem superhero terbaik buatan Malaysia.
Selain itu penonton juga turut mengatakan filem tersebut menggamit kenangan dengan menggunakan nostalgia sebagai punchline dan juga pemilihan lagu yang mantap.
Secara keseluruhan, Keluang Man bukan sahaja berjaya kepuasan dan kejutan seperti yang diharapkan, tetapi juga berjaya menyentuh hati, semangat setiakawan dan juga kasih sayang.
Berikut merupakan antara komen awal yang diterima:

Filem ‘live-action’ Keluang Man merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Menampilkan pelakon hebat Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang,
Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama
Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook
akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.