Sejak filem Gemencheh Boys ditayangkan di pawagam pada 26 Oktober lalu, banyak ulasan positif yang dikongsikan di media sosial.

Terbaharu, seorang penonton mengakui menyaksikan filem arahan Jason Chong itu sebanyak dua kali semata-mata kerana tiga perkataan dalam loghat Negeri Sembilan ini.



Selain itu, pengguna media sosial yang sama turut berkongsi yang dia masih lagi menitiskan air mata saat melihat satu adegan yang memaparkan watak Cikgu Azman menangis.



Sebuah adaptasi daripada peristiwa sebenar, Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Gemencheh Boys dengan tagline ‘no retreat, no surrender’ memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’. Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.

BERITA TRENDING: “Siapa Kata Anak-Anak FELDA Tak Boleh Berjaya?” - Siti Nordiana Puji Pengisian Dalam Gemencheh Boys

Selain Jason Chong, yang juga pemenang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017, Gemencheh Boys turut mendapat sentuhan Eric Ong.

Filem ini membariskan pelakon Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utama.

BERITA TRENDING: Gemencheh Boys Salur RM1 Daripada Setiap Pembelian Tiket Ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin

Turut membintangi filem ini Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin dan Arumugam A/L Vedan.

Membabitkan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, Gemencheh Boys bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober lalu.