,
Laman Utama

Penoreh Getah Naik Angin, Sebat Anak Perempuan Kerja Jurujual

Gempak
09/08/2023
00:41 MYT
Seorang bapa tergamak menghayunkan lebih 10 sebatan menggunakan rotan sehingga mengakibatkan anak perempuannya mengalami luka teruk.
Kejadian sadis itu berlaku di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, pihak polis menerima laporan dari mangsa wanita berusia 20 tahun kira-kira pukul 12.16 malam semalam mengenai kejadian.
“Mangsa memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil. Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi ketika bapa mangsa yang juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.
“Ketika kejadian, mangsa sedang berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa melebihi 10 sebatan di beberapa bahagian betis, peha dan siku menggunakan rotan miliknya.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan teruk dan membuat laporan polis,” katanya seperti yang dilapor Kosmo!
Tambah Ahmad Zamry, suspek yang berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 2.33 pagi.
“Siasatan awal mendapati bapa mangsa bertindak demikian berikutan tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikuti saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh, Selangor tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
“Mangsa yang mengalami kecederaan itu menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius yang dialami kesan dari sebatan bertalu-talu dari pukulan rotan berkenaan.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan,” katanya.
Ujarnya, suspek turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari.
KOSMO!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar