Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pensyarah UPM Rebah Di Garisan Penamat, Tak Sempat Tamatkan Marathon Langkawi

Gempak
18/12/2022 03:55 MYT
Seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM) meninggal dunia semasa menyertai Langkawi International Half Marathon 2022 pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, peserta tersebut, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.

Menurutnya, polis menerima panggilan telefon daripada doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha memaklumkan bahawa seorang lelaki telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital pada jam 10.30 pagi.

"Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam telah memberikan bantuan awal dan CPR sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shariman berkata, pemangku Ketua Polis Balai Padang Mat Sirat telah memaklumkan perkara tersebut kepada isteri mangsa.

"Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," kata beliau.

Sumber: Sinar Harian

#Meninggal Dunia #Pensyarah #Langkawi #UPM #Marathon
;