HIBURAN
Pentaskan Teater Dalam Penjara Usia Lebih 100 Tahun, Issey Fazlisham Tak Tunggang Isu Buli - "Siapa Salah Akan Kena Hukuman"
Teater sentiasa menjadi medium penting dalam menyampaikan mesej bermakna kepada masyarakat, terutama dalam mengingatkan tentang jati diri bangsa serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Atas rasa tanggungjawab sosial dan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, selebriti popular Issey Fazlisham tampil membawa kelainan dengan pementasan Teater Dalam Penjara sempena Makar Fest pada 30 Ogos ini di KotaJail, Johor Bahru.
Issey yang juga tenaga penggerak utama Makar Fest, anjuran bersama Red Bean Productions, menjelaskan pemilihan naskhah arahan Sabri Yunus itu amat bertepatan bagi menyemarakkan rasa cintakan negara.
“Dalam Makar Fest kali ini, kelainan yang saya bawakan adalah pementasan teater yang bertajuk Teater Dalam Penjara sebenar yang pertama di Malaysia.
"Apa yang menarik, teater ini dipentaskan betul-betul dalam penjara iaitu di KotaJail.
"Mungkin ada yang belum tahu, KotaJail merupakan penjara ke-4 tertua di Malaysia yang berusia lebih 100 tahun yang dahulunya menempatkan ramai banduan.
“Bayangkan, kami pentaskan teater tersebut dalam penjara yang kini dinaiktaraf sebagai tempat pelancongan baharu di Johor Bahru.
"Jadi, orang ramai yang datang ke Makar Fest dan menonton teater ini boleh merasai sendiri perasaan dan pengalaman bagaimana banduan duduk dalam penjara,” katanya.
Menurut Issey, mesej yang diketengahkan dalam teater tersebut selari dengan objektifnya untuk menyuntik kesedaran cintakan tanah air.
“Banyak mesej positif yang kami mahu sampaikan dalam teater tersebut. Antaranya adalah siapa yang melakukan kesalahan, pasti akan terima hukuman. Salah tetap salah.
"Bukan nak tunggang tapi isu (buli) ini sedang hangat diperkatakan. Kalau tidak ke depan untuk bercerita kita akan ketinggalan. Kenapa tidak saya kongsi sedangkan ada ruang yang bagus?
"Jadi teater ini boleh didik diri kita supaya jangan buat salah. Kalau langgar undang-undang, pasti akan dihukum atau dipenjarakan.
“Bagi saya, sebagai selebriti malah sesiapa sahaja rakyat Malaysia perlu saling mengingati antara satu sama lain untuk sentiasa ikut undang-undang negara kerana itulah tanda semangat patriotik, sayang dan cintakan negara.
“Apabila kita sayangkan negara, pasti kita takkan buat sesuatu yang memalukan atau mencalarkan nama negara.
"Saya selalu ingatkan diri sendiri dan juga orang lain, bahawa kita jangan fikir apa sumbangan negara kepada kita, tetapi kita fikir dahulu apa sumbangan kita kepada negara.
"Jadi apabila kita buat baik, ia juga adalah satu sumbangan kita kepada negara. Apa sahaja kebaikan.
"Macam saya pula merealisasikan kebaikan itu dengan menganjurkan pelbagai program bermanfaat di Makar Fest,” ujarnya.
Selain teater, Makar Fest juga menampilkan kempen anti buli yang bertepatan dengan isu semasa yang semakin hangat diperkatakan masyarakat.
“Kempen ini sebenarnya salah satu tanda kita semua sayangkan negara. Iyalah, buli adalah satu jenayah yang semakin berleluasa sekarang ini.
"Apalah erti kemerdekaan jika kita masih dibelenggu jenayah buli. Jadi, kempen ini mahu mengajak orang ramai katakan tidak kepada buli, itu bukan budaya kita.
“Di Makar Fest, khalayak kita adalah keluarga dan orang muda. Suara orang muda ini penting kerana merekalah penyambung generasi akan datang. Kami akan tunjukkan bahawa kami sebagai penganjur dan masyarakat yang datang itu betul-betul benci dengan buli.
"Jadi, kami berharap bukan sahaja orang Johor, malah orang ramai dari negeri lain juga boleh datang untuk kita sama-sama meraikan erti merdeka, di samping menyertai program menarik sepanjang Makar Fest berlangsung,” tambahnya lagi.
Makar Fest bakal berlangsung di KotaJail, Johor Bahru, bermula 29 Ogos hingga 1 September 2025. Selain Teater Dalam Penjara, festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti Break the Silence (Rap, Dance & Grafiti Show), Malam Kebudayaan Makar Fest, Pesta Makar Fest (Indie Band), Family Got Talent, pertandingan mewarna wau bulan dan banyak lagi.
Sebagai info, KotaJail atau dahulunya dikenali sebagai Penjara Ayer Molek berusia 143 tahun, telah beberapa tahun terbiar sebelum diubah suai menjadi destinasi pelancongan baharu di bawah jenama JOHO.
Bangunan bersejarah yang menyimpan pelbagai kisah silam ini dibuka secara rasmi pada 14 Mac lalu sebagai tarikan pelancong dengan mengekalkan sebahagian besar struktur asalnya.