GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Penuh Berwarna! Ryan Bakery Tersungkur & Tarian Balet Amelia Henderson Antara Momen Menarik Malam Kemuncak GMWA2024
Berakhir sudah malam kemuncak Gempak Most Wanted 2024 yang berlansung dengan meriahnya di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Bertemakan ‘Flex Your Art’, pelakon Anna Jobling sekali lagi mengulangi sejarah apabila dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 dengan undian tertinggi berjumlah 4.9 juta.
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA2024: Level Up! Anna Jobling Raih 4.9 Juta Undian, 2 Tahun Berturut Dinobat Gempak Most Wanted 2024
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Kalahkan Meerqeen & Amir Ahnaf, ‘Selebriti Tergempak 2024’ Milik Anna Jobling
ARTIKEL BERKAITAN: #GWMA24: Gandingan Amir Ahnaf & Anna Jobling Masih Hangat, ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ Dinobat Drama Tergempak
Bukan itu sahaja, Anna turut memenangi anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan gandingannya bersama aktor Amir Ahnaf dalam karya ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ juga dinobatkan sebagai Drama Tergempak 2024.
GMWA2024 mengandingkan tiga hos serba boleh iaitu Amelia Henderson, Sean Lee dan Sherry Alhadad.
Jom ‘check it out’ recap sepanjang malam kemuncak Gempak Most Wanted 2024:
#1 Pembukaan malam GMWA2024 sememangnya the best! Sebab gabungan suara penyanyi Hael Husaini dan Nadeera Zaini yang membawa beberapa lagu popular
#2 Bukan itu saja gabungan suara 2 penyanyi itu, kemunculan hos Amelia Henderson dengan tarian balet turut mendapat sorokan penonton… katanya dah bersara tapi demi tema ‘Flex Your Art’
#3 Pemenang Digital Content Creator (Entertainment), Ryan Bakery tersungkur masa nak jalan ke pentas tapi masih chill tau! Siap bawa geng naik pentas… isteri pula menangis terharu
#4 Sarimah & Tuyah muncul atas pentas, reunion dengan Che Ton untuk promo program realiti drama masak pertama Malaysia, Dapur Goodday Sarimah & Tuyah VS Che Ton yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan nanti
#5 Comel je bila Amin terangkat trofi terkena kepala abangnya, Abid masa tengah beri ucapan selepas menang Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak
#6 Persembahan kumpulan Hujan memang havoc! Penonton sing along! Semua bangun & menari bersama
#7 Persembahan penutup malam kemuncak GMWA204 oleh Datuk Sheila Majid & Diskoria memang magis!