Skip to main content

Trend Pasaran

Penuh Inovasi! Ini Sebab Mengapa Huawei Menjadi Peneraju Teknologi Hari Ini

huaweismartpace.jpg
Baru-baru ini kami berkesempatan ke China untuk melihat sendiri kampus Huawei dikenali sebagai Ox Horn Campus yang terletak di Dongguan.
 
Hasilnya? Mind Blown!
 
Sebelum membawa anda ‘mengembara’ lebih jauh lagi, apa yang anda perlu tahu adalah Huawei mula ditubuhkan pada 1987.
 
Dengan kira-kira 180,000 pekerja yang bekerja untuk Huawei, pendapatan syarikat teknologi gergasi itu berjumlah $100 bilion pada tahun 2018.
 
Jumlah itu menjadikan Huawei lebih besar daripada Apple dalam pasaran telefon pintar.
 

#1 Seperti Berada Di Eropah!


 
Jadi apa yang menarik tentang Campus Ox Horn?
 
Pertama sekali kampus ini dibentuk daripada ‘bandar-bandar‘ berbeza di Eropah.Ada yang nampak macam dekat Paris, tapi ia adalah fasiliti di Kampus Ox Horn.
 
Sebesar mana kampus ini? Kampus ini dibina di kawasan sebesar 1.4 juta meter persegi.
 
Ia sangat besar sehingga Huawei terpaksa membina landasan kereta api di dalamnya. Semuanya untuk memastikan kesemua pekerja dapat bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
 
Terdapat 10 blok kesemuanya dan setiap blok diperuntukkan kepada unit perniagaan tertentu dari Huawei.
 
Kos pula membabitkan sejumlah 10 biliion Yuen atau 6 Bilion Ringgit Malaysia (RM). Semuanya untuk pekerja mereka guys!
 
Sebab itulah budaya kerja Huawei amat dipandang tinggi kebanyakan pekerja di sana.
 
Sentiasa berfikiran luar kotak dan mementingkan perpaduan, semuanya menjadi teras buat mereka.
 

#2 Huawei Smart Space


 
Antara tarikan utama yang dibawa Huawei pada lawartan itu juga adalah gedung mercu terbesar mereka dikenali sebagai Huawei Smart Space.
 
Mereka ada tiga flagship terbesar di China tapi di Shanghai adalah yang paling besar!
 
Huawei Smart Space mempunyai lebih daripada 600 produk termasuklah telefon pintar, jam tangan pintar, realiti maya (VR) serta produk edisi khas yang tidak dipasarkan di negara lain.
 
Mereka berpeluang untuk mencuba, menguji serta membelinya di sini.
 
Terdapat juga bahagian ‘customisation’ untuk pengguna membeli.
 
Antara teknologi yang menarik perhatian kami di sini termasuklah fungsi mengimbas objek secara 3D hanya menggunakan telefon pintar.
 
Contohnya, anda imbas objek patung beruang dan kemudian jadikan ia sebagai model virtual di telefon pintar anda. 
 
Boleh bermain dengannya menerusi rakaman video!
 
 

#3 MBB Exhibition Center Shanghai

Ini antara paling menarik dipertontonkan Huawei kerana 5G adalah future!
 
Menerusi MBB Exhibition Center ini, Huawei memperkenalkan teknologi 5G mereka dengan lebih dekat lagi.
 
Banyak sebenarnya boleh digunakan menerusi 5G seperti penghasilan Internet of Things (IoT), namun di sini, Huawei memperkenalkan 5G Cloud Virtual Reality dan Cloud Gaming.
 
Menariknya tentang Cloud Gaming, ia membolehkan anda menggunakan platform permainan mainstreem anda dengan kuasa yang amat rendah.
 
Contohnya, sambungkan telefon pintar Huawei secara wireless pada televisyen atau kawalan jauh, anda kini oleh terus bermain permainan dengan resolusi definisi tinggi (FullHD) tanpa sebarang lagging!
 
Selain itu, apa yang anda perlu tahu, kesemua pelaksanaan 5G ini hanya dilakukan dengan  multi-mode chip sekecil 10 sen digelar sebagai Balong 5000.
 
 
Anda boleh lihat semua pengalaman ini menerusi video di bawah:
 
 
 
Untuk rekod, HUAWEI berada di kedudukan 285 pada tahun 2014 dan kini naik ke kedudukan 61 pada tahun 2019 pada senarai Fortune 500.
 
Senarai kedudukan syarikat Fortune 500 adalah berdasarkan kepada pendapatan dan keuntungan, yang juga memberi tumpuan terhadap saiz syarikat berbanding senarai lain.
 
Malah, awal tahun ini, Huawei berada pada tangga ke-47 dalam senarai 100 Teratas untuk Jenama Paling Bernilai Dunia berikutan pengenalan produk berinovasi tingginya seperti telefon pintar.

Antaranya termasuklah Huawei P30 dilengkapi dengan sistem kamera yang canggih dan Huawei Mate X yang dilengkapi inovasi perintis yang luar biasa dan Huawei Mate 20 X bersama teknologi 5G.
 
Selain itu, pelaburan Huawei dalam research & development (R&D) juga menjangkau sehingga RM485 bilion dari 2009 hingga 2019 (kedudukan dunia no.5).
 
Pada 2018 sahaja, pelaburan R&D adalah sehingga RM101.5 bilion.
 
Objektif utama kepada kesemua usaha ini adalah untuk memastikan dunia dan masa depan sentiasa berhubung!
 

Advertisement

Must-Watch Video