Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Penuh Kejutan… Gadis Ini Hampir Menangis Lepas Terima Hadiah Jam Tangan Dari Naim Daniel!

Hanafis Haris 11/10/2019 | 14:20 MYT
Penyanyi muda, Naim Daniel membuat kejutan apabila menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang peminat setianya.
Hadiah tersebut diberikan ketika Naim mengadakan persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah, baru-baru ini
Momen berharga itu dikongsi oleh penyanyi tersebut menerusi satu posting di Instagramnya.
"Kali pertama sampai ke UiTM Merbok dan sebelum sampai sini saya dapat banyak mesej dari rakan gadis ini mengatakan dia adalah peminat setia saya.
"Jadi saya panggil dia ke depan pentas untuk beri satu kejutan. Saya beri dia hadiah iaitu jam tangan kegemaran saya.
"Harap awak suka ya," katanya.
Tambah Naim, sambutan peminat di UiTM Merbok juga sangat luar biasa.
"Terima kasih kerana menunggu Naim," katanya.
Menerusi video itu, gadis yang menerima hadiah tersebut dilihat hampir mengalirkan air mata.
Wajah sebaknya jelas kelihatan apabila menerima kejutan dari penyanyi yang kini popular dengan lagu Adakah Engkau Menungguku.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dan peminat menyifatkan pelajar tersebut sebagai bertuah.
Tidak kurang juga yang memuji layanan baik Naim kepada peminatnya.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Kali pertama sampai ke UITM Merbok dan sebelum sampai sini I’ve been getting a lot of dm’s from her friends, saying that she’s a big fan of me, so I called her to come in front of the stage and surprised her with a gift. Yes, jam kegemaran saya. Terima kasih kerana #menunggunaim . Harap awak suka ya? LEPAS NI NAK #MENUNGGUNAIM DEKAT MANA PULA? UITM MERBOK WAS INSANE ! THANK YOU SO MUCH EVERYONE ?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

#Viral #Viral #Jam #Naim
;