gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Penuh Kejutan? Ini 3 Sebab Mengapa Anda Wajib Layan Podcast Tan Sri Tony Fernandes!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
29/07/2021
13:04 MYT
Sponsor Banner
Penuh Kejutan? Ini 3 Sebab Mengapa Anda Wajib Layan Podcast Tan Sri Tony Fernandes!
Mahu berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pelbagai isu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes membuat kejutan apabila melancarkan audio siar atau podcast bermula Ahad ini.

Tidak hanya keseorangan, podcast ‘Talks with Tony’ ini bakal menampilkan pelbagai tetamu undangan menarik daripada pelbagai latar belakang.

Menurut Tony, podcast selama satu jam ini juga akan mengupas pelbagai topik menarik yang telah membantu membentuk jati dirinya pada hari ini.

“Seperti yang anda ketahui, saya sering berkongsi pandangan saya di media sosial, dan podcast ini adalah cara baharu untuk saya berhubung dengan orang ramai.

“Apa yang paling penting adalah saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan saya bukan sahaja bersama-sama rakan-rakan yang telah berjaya di dalam bidang mereka, malah mereka yang paling rapat.

“Saya dan berharap dapat memberikan nilai tambah dalam kehidupan para pendengar,” katanya.

Jelasnya, dia juga ingin memberi peluang kepada para pendengar untuk menimba serba sedikit pengetahuan dan pengalaman daripada kisah hidupnya.

“Aspek ini termasuklah dalam mencapai kejayaan, menangani kegagalan, dan juga cabaran semasa dalam mengharungi Covid-19.

“Rakan-rakan yang turut serta dalam podcast ini termasuklah mereka daripada industri perniagaan, sukan dan muzik yang merupakan sebahagian besar daripada kehidupan saya, selain tokoh dan usahawan terkemuka,” tambahnya.

Ditanya tiga sebab mengapa penonton perlu mendengar podcast ini, Tony memberitahu ia penuh dengan elemen positif yang sesuai dengan keadaan pandemik ketika ini.

“Jika kamu suka mendengar ‘quotes’ atau kata-kata semangat daripada saya tetamu undangan seperti David Foster, podcast ini wajib didengar.

“Pelbagai topik bakal dibincangkan,malah ia juga sumber hiburan anda,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Untuk makluman, podcast ini bakal bersiaran sebanyak lapan episod dan akan membawa pendengar mendekati Tony dengan lebih lanjut.

Antara tetamu undangan temasuklah anggota Black Eyed Peas will.i.am, Presiden UFC Dana White dan penerbit dan komposer David Foster.

Talks With Tony boleh diakses melalui aplikasi Syok mulai 1 Ogos, selain di laman web rasmi talkswithtony.co dari 2 Ogos serta menerusi platform audio siar lain, termasuk Spotify, Google dan Apple dari 8 Ogos.

Ikuti episod pertama yang memaparkan sisi berbeza Tony menerusi topik kejayaan, kegagalan, tabiat dan lain-lain.

Apakah satu perkara pelik mengenainya yang hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja?

Nantikan jawapannya di episod pertama pada minggu ini!

Topic Berkaitan
#Viral
#AirAsia
#Tony Fernandes
#Podcast
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement