Penuh Kejutan! Ini 8 Perkara Menarik Diumumkan Pada Disney D23 Expo 2019

Hanafis Haris
Ogos 26, 2019 10:17 MYT
Dua hari lalu telah berlangsungnya Disney D23 Expo 2019 di Anaheim, California.
Konvensyen tahunan anjuran pihak Disney ini menjadi platform untuk mengumumkan sebarang berita dan pengumuman kepada pihak media dan peminat seluruh dunia.
Antaranya termasuklah perancangan terhadap taman tema mereka, rancangan siri Disney dan Disney Plus, francais Star Wars serta Marvel Cinematic Universe (MCU).
Pada anda yang tertanya apa yang menarik tentang D23 Expo 2019, ini lapan perkara anda perlu tahu.

#1 High School Musical: The Musical: The Series

Buckle up Wildcats. It's about to get real. The first trailer for High School Musical: The Musical: The Series is here. Start streaming November 12 only on #DisneyPlus. pic.twitter.com/mN8KNxvN68

— Disney D23 (@DisneyD23) August 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika anda membesar dengan menonton drama muzikal ini, ia pastinya satu berita menggembirakan.
Menampilkan pelakon serba baru, siri ini akan mula ditayangkan secara eksklusif menerusi Disney Plus pada 12 November.

#2 Lizzie McGuire Reboot

Hey now, hey now, this is REALLY what dreams are made of. ? @HilaryDuff IS BACK AS LIZZIE MCGUIRE in an all-new series, coming soon to #DisneyPlus.

— Disney+ (@disneyplus) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Satu lagi drama siri yang diberi nafas baru!
Bagi kanak-kanak yang membesar sekitar 2001 pastinya tidak sabar untuk menunggu kemunculan Lizzie McGuire. Malah pelakon asalnya, Hilary Duff kekal membawa watak berkenaan.

#3 Encore

Pelakon, Kristen Bell muncul sebagai program realiti, Encore! Program ini akan menemukan semula bekas ahli teater sekolah tinggi bagi menjayakan satu persembahan pada sakala besar.
Kalau nak lihat bagaimana warga sebaya dengan ibu ayah kita melakukan persembahan muzikal, inilah masanya.

#4 The World According to Jeff Goldblum

Jeff Goldblum boleh disifatkan sebagai 'living icon' dalam industri.
Menerusi siri ini, anda akan melihat eksplorasi Jeff Goldblum dalam menerokasi lokasi-lokasi menarik.
Terdapat 12 episod keseluruhannya.

#5 Noelle

Filem memaparkan keluarga Santa Claus ini akan menampilkan Anna Kendrick dan Bill Hader sebagai tunjang utama.
Bakal disiarkan ketika sambutan krismas nanti, filem ini pastinya antara yang dinantikan peminat filem terbitan Disney,

#6 Ms. Marvel, Moon Knight, and She-Hulk

Just announced at #D23Expo, SHE-HULK, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/vYTUqyxl2E

— Disney (@Disney) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Marvel turut mengumumkan tiga siri 'live-action' terbaru yang bakal ditayangkan menerusi platfiorm Disney Plus.
Siri ini akan menyertai The Falcon and The Winter Soldier, Loki, WandaVision, Hawkeye dan animasi pertama Marvel iaitu What If...

#7 Koleksi Star Wars

President LucasFilms Ltd, Then Kathleen Kennedy mengesahkan Disney Plus akan menjadi 'hub' bagi francais Star Wars termasuklah siri terbaru mereka, The Mandalorian.
Selain itu mereks turut mengumukan filem terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker. Poster pertama filem ini turut didedakan.

#8 Ewan McGregor Sebagai Obi Wan Kenobi

Watak ikonik Star Wars iaitu Obi Wan Kenobi dilakonkan Ewan McGregor bakal 'dijelmakan' semula dalam siri terbaru Star Wars.
Walaubagaimanapun, tajuknya masih belum dinyatakan oleh pihak LucasFilms Ltd.
#Disney #Marvel #D23