KELUANG MAN
Penuh Nostalgia, Anak-Anak 90an Mesti Rindu Tengok Tiga Kartun Ini
Sebut sahaja mengenai kartun, sudah pasti ramai yang mempunyai seleksi siri animasi yang pastinya memberi seribu satu keseronokan dan kenangan suatu ketika dahulu.
Paling tidak boleh dilupanakan, kebiasaanya rancangan itu ditayangkan pada sebelah petang dan juga hari minggu.
Jom imbas kembali kartun kegemaran kanak-kanak Malaysia yang lahir sekitar tahun 90an!
#Kampung Boy


Merupakan antara kartun kebanggaan Malaysia dan siri animasi Kampung Boy ini ditayangkan pada tahun 1997.
Lebih istimewa lagi, siri ini diadaptasi dari novel grafik istimewa berjudul The Kampung Boy yang merupakan karya autobiografi kartunis terkemuka tanah air iaitu Datuk Lat.
Untuk info, Datuk Lat merupakan abang kepada pengarah filem terkemuka Malaysia, Allahyarham Mamat Khalid.
Kampung Boy mengisahkan tentang perjalanan seorang kanak-kanak lelaki bernama Mat yang hidup di kampung.
#Usop Sontorian
Berlatarkan suasana dan kehidupan kanak-kanak di sebuah perkampungan Melayu, siri animasi ni merupakan antara yang menjadi kegemaran ramai.

Kenakalan Usop bersama rakan-rakannya yang lain beserta ragam mereka ketika berkumpul membuatkan penonton terhibur.
#Keluang Man


Merupakan antara siri animasi Malaysia yang mempunyai lagu tema paling best dan diingati!
Keluang Man merupakan siri superhero yang menjadi pujaan kanak-kanak 90an kerana sifat lucunya dan juga wataknya yang lurus secara secara tidak langsung mewujudkan elemen komedi.
Istimewanya lagi, siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man kini diangkat ke layar perak bermula 29 Mei ini.
Filem Keluang Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashraf.
Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions yang memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu bakal melahirkan universe adiwira tempatan terbesar.
Keluang Man menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Keluang Man merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir tahun 90-an dan awal 2000-an.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang,
Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama
Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook
akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video