Sejak ditayangkan Khamis lalu, filem Mael Totey The Movie (MTTM) terus menjadi tumpuan ramai khususnya penggemar filem tanah air.

Dihasilkan oleh YouTuber terkenal, Syahmi Sazli, MTTM menjanjikan elemen drama dan komedi yang cukup rencah!

Namun, buat anda yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang menariknya tentang MTTM ini, Gempak senaraikan 10 fakta anda perlu tahu.

#1 - Hanya 30 peratus saja lawak sponton digunakan dalam filem ini dan selebihnya ia berdasarkan skrip yang dihasilkan oleh pengarahnya sendiri iaitu Syahmi.

#2 - Filem ini dihasilkan dengan bajet sebanyak RM400,000 dan penggambaran mengambil masa selama 14 hari.

#3 Ramai yang bertanggapan perkataan Totey membawa maksud yang negatif. Hakikatnya, maksud Totey hanyalah sekadar gelaran yang sinonim dengan sesiapa sahaja yang bernama Mael yang mana Mael akan digelar sebagai Mael Totey.

#4 Dalam filem ini, anda akan menyaksikan banyak dialog bahasa inggeris digunakan. Bagus juga untuk kanak-kanak, dapatlah mereka belajar sambil menonton filem.

#5 Dialog Kelantan yang digunakan dalam filem ini juga tidak kekok dan kaku. Sangat santai seperti kita bersembang.

#6 Pelakon dalam filem ini semuanya hebat berlakon! Kalau anda tidak percaya cuba fokus pada watak teacher dalam filem ini, sangat mengagumkan. Syahmi juga hebat, tidak kayu.

#7 Anda pasti akan menyukai lagu atau runut bunyi filem MTTM. Anda boleh dengar lagu tersebut di bawah.

#8 Selain menampilkan banyak lawak serta punchline berkuaaliti, MTTM juga bakal membuatkan air mata anda bergelinang dengan babak sedih. Kena tonton jika nak tahu babak yang mana.

#9 Untuk bahagian teknikal, Syahmi hanya menggunakan 5-6 krew berpengalaman daripada Kuala Lumpur. Biarpun tidak ramai, namun hasilnya sangat cantik, warna dan color grading juga on point!

#10 MTTM bukan seperti filem biasa. Syahmi berani menggunakan pelakon OKU sebagai antara watak utama dalam filem ini. Banyak mesej dan nilai murni dapat diambil dalam filem ini.

Apapun MTTM merupakan filem yang wajib anda tonton, apatah lagi ketika cuti umum dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Untuk rekod, MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem MTTM yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.