Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Penulis 7 Hari Mencintaimu Tuntut RM10 juta Kepada Datuk Ziela Jalil

Rozaimi Zubaidi 27/04/2017 | 08:12 MYT
Penulis novel 7 Hari Mencintaimu, Siti Rosmizah Ismail memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menuntut RM10 juta terhadap penerbit drama, Datuk Ziela Jalil atas dakwaan wanita itu mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.
Siti Rosmizah yang juga merupakan seorang peguam memfailkan saman terhadap Ziela atau nama sebenarnya Norlizah Abdul Jalil melalui Tetuan Chambers of Rafie Mohd Shafie & Associates, di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Rosmizah sebagai plaintif mendakwa pada 9 Februari dan 10 April lalu, Ziela sebagai defendan memuatnaik, menyiarkan, menyebarkan dan menghebahkan kenyataan fitnah di laman sosial Instagram miliknya.
Oleh itu, plaintif menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos.
Sumber: Harian Metro
#Datuk Ziela Jalil #Siti Rosmizah
;