gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Bedah Siasat Zara Qairina Selesai Selepas 8 Jam
VIRAL
Wanita Ditawar RM5.5 Juta Selepas Tersalah Di Penjara 20 Tahun
VIRAL
Penumpang Islam Singapore Airlines Termakan B*bi Lepas Diberitahu Hidangan Daging Halal
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Penumpang Islam Singapore Airlines Termakan B*bi Lepas Diberitahu Hidangan Daging Halal

Maliah Surip
Maliah Surip
10/08/2025
12:43 MYT
Sponsor Banner
Penumpang Islam Singapore Airlines Termakan B*bi Lepas Diberitahu Hidangan Daging Halal
Seorang penumpang beragama Islam yang menaiki pesawat daripada Lapangan Terbang Changi, Singapura menuju destinasi Lapangan Terbang New York John F. Kennedy dilaporkan telah termakan daging babi sewaktu menikmati hidangan yang disediakan.
Menerusi kronologi, penumpang yang dikenali sebagai Jey dihidangkan dan memakan daging babi selepas kabin kru mendakwa menu Grilled Mediterranean Salad with Prosciutto bukan daging haiwan yang haram dimakan umat Islam.
Penumpang yang duduk di kelas bisnes itu sepatutnya dihidangkan dengan menu diet namun diberikan makanan mempunyai hidangan babi iaitu prosciutto, lapor Mothership.
Prosciutto adalah istilah bahasa Itali mengenai daging babi yang diawetkan, dikering dan tidak dimasak.
Sehubungan itu pihak Singapore Airlines (SIA) membuat permohonan maaf selepas lelaki Islam yang menetap di Singapura itu membuat aduan rasmi kepada mereka.
Jey dalam aduannya mengatakan telah membuat tempahan awal terhadap tiga hidangan dalam penerbangan 18 jam tersebut.
Semasa menikmati hidangan, dia berasa tekstur daging tersebut ‘lain’ daripada yang selalu dimakan sebelum membuat carian di internet dan mendapati prosciutto adalah daging babi.
Topic Berkaitan
#Viral
#Pesawat
#Halal
#Khinzir
#Penumpang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement