Laman Utama

"Penunggang Agama Ini Tidak Semestinya Dalam Kalangan Ustaz" - Zul Ariffin

gempak
Zulaikha Yusof
02/04/2021
08:30 MYT
Sponsor Banner
"Penunggang Agama Ini Tidak Semestinya Dalam Kalangan Ustaz" - Zul Ariffin
Pelakon Zul Ariffin, 35, tidak menidakkan kewujudan golongan penunggang agama dalam masyarakat sekarang ini.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berpendapat ada segelintir orang beragama yang salah menggunakan kelebihan untuk kepentingan diri.
"Golongan ini (penunggang agama) memang wujud dalam masyarakat kita. Ada orang diuji dengan wang ringgit ada pula yang diuji dengan ilmu, seperti golongan agama.
"Orang yang tinggi ilmu agama sepatutnya lebih merendah diri dan takut kepada Allah.
"Namun hari ini kita lihat, ada sesetengah daripada mereka menjadi penunggang agama dengan menggunakan kelebihan yang ada untuk kepentingan diri.
"Ada yang menggunakan agama untuk cepat kaya, mendapatkan pengaruh, memuaskan nafsu sendiri dan banyak lagi," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Zul yang memegang watak Amir dalam Penunggang Agama akui berasa takut kerana filem ini boleh menimbulkan sensitiviti dalam masyarakat.
Namun tegasnya, filem Penunggang Agama ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya secara umum.
"Penunggang agama ini tidak semestinya dalam kalangan ustaz. Kadang-kadang orang yang ada ilmu sedikit pun mengaku dirinya ustaz kerana mahu dipercayai ramai.
"Sebenarnya kami tak mahu menyentuh sesiapa dalam filem ini. Jauh sekali ditujukan kepada mana-mana pihak. Rasanya ramai yang tahu isu ini secara umum.
"Saya sendiri sebagai pelakon menganggap filem ini mencabar kerana boleh menimbulkan sensitiviti dalam masyarakat," katanya lagi.
Selain Zul, filem seram thriller ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat lain antaranya Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.
Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.
BACA: Sebab Syafiq Yusof, Zul Ariffin Cakap Yes Untuk Filem Penunggang Agama - "Saya Percaya Dengan Cara Kerja Dia"
Jadi, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024