Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
Awani
24/11/2024
02:45 MYT
Sponsor Banner
Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.

Lori Mengundur Tiba-Tiba

Menurut laporan Awani, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, selain motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mangsa dan lori, kejadian kira-kira pukul 8.34 pagi itu turut melibatkan sebuah lagi kereta Honda Jazz.
Pemandu kereta itu katanya turut mengalami kecederaan di dahi akibat nahas itu.

Mangsa Terperosok Bawah Tayar

Menurutnya, kejadian berlaku ketika pemandu berusia 31 tahun itu berada di tapak pembinaan untuk mengisi petrol.

"Namun ketika pemandu lori iti sedang mengisi petrol, kenderaan itu tiba-tiba berundur dengan sendiri lalu melanggar pintu keselamatan dan memasuki jalan utama sebelum melanggar motosikal mangsa yang ketika itu hilang kawalan ketika cuba mengelak dan kemudian melanggar kereta Honda Jazz.

"Akibat pelanggaran itu mangsa terjatuh dan terperosok di bawah bayar belakang lori tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mohd Zamzuri memberitahu, mangsa berusia 32 tahun, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, pemandu lori itu ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024