Hiburan
Penutupan Blu Inc Media Yang Banyak Menaikkan Nama Artis - Selebriti Ternama Beri Penghormatan
Semalam ramai selebriti tempatan termasuk pemain industri terkejut dengan pengumuman penutupan Blu Inc Media yang banyak membantu menaikkan nama-nama selebriti tanah air.
Pemberhentian operasi Blu Inc Media berkuatkuasa pada 30 April 2020 merangkumi kesemua majalah dan juga penerbitan digital.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Datin Azliza Tajuddin, Ketua Pegawai Operasi, Blu Inc Media Sdn Bhd kepada pekerja-pekerja di syarikat tersebut, namun ianya menjadi viral dan diketahui ramai selebriti tanah air.
Di antara majalah yang diterbitkan oleh Blu Inc Media adalah majalah Glam, EH!, Cosmopolitan, Glam Lelaki, Her World Marie Claire Shape, CLEO, Jelita, Her World dan banyak lagi.
Must-Watch Video