Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Penyakit Mental Yang Bahaya..." - Angkat Tema Skizofrenia Dalam Muzik Video, Aina Abdul Terima Respon Positif

Kamaruddin Razal
04/04/2019 09:18 MYT
Penyanyi baru Aina Abdul muncul dengan single bersama muzik video terbaru yang berjudul Sumpah.

Menerusi lagu hasil ciptaannya sendiri itu, Aina mengangkat tema masalah mental skizofrenia sebagai jalan penceritaan muzik videonya.

Menerusi entri yang dimuat naik oleh Aina di laman Instagram miliknya, naib juara program Mentor Legend ini bersyukur kerana muzik videonya menerima respon positif peminat.

Salam semua. Alhamdulillah so far hampir semua feedback lagu dan MV Sumpah positif dan mendapat sambutan. Sebenarnya niat aina untuk Sumpah ini adalah mesej tentang isu ‘mental illness’ and juga nak cuba contrast dari stigma lagu tentang hubungan manusia dimana lelaki selalu jadi ‘victim’ heheh. Dalam lagu sumpah ni aina ketengahkan si isteri yang mengalami penyakit ‘Skizofrenia’. Penyakit mental yang bahaya , menganggu jiwa dan mempengaruhi fungsi otak manusia sehingga terdengar-dengar bunyi suara mendorong utk berkelakuan aneh. Jadi kesempatan ni aina menyeru semua rakyat Malaysia untuk kita bersama meningkatkan keprihatinan mengenai ‘mental illness’. Seek help , reach out to people ! You’re not alone ❤️ @kementeriankesihatanmalaysia @themalayatv @syedsaddiq @drwanazizah @n_izzah #ainaabdul #sumpahainaabdul #roadtoajl34 #skizofrenia #mental #mentalillness

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on


"Salam semua. Alhamdulillah so far hampir semua feedback lagu dan muzik video Sumpah positif dan mendapat sambutan.

"Sebenarnya niat Aina untuk Sumpah ini adalah mesej tentang isu mental illness and juga nak cuba contrast dari stigma lagu tentang hubungan manusia dimana lelaki selalu jadi ‘victim’.




"Dalam lagu sumpah ni Aina ketengahkan si isteri yang mengalami penyakit 'Skizofrenia’. Penyakit mental yang bahaya, menganggu jiwa dan mempengaruhi fungsi otak manusia sehingga terdengar-dengar bunyi suara mendorong utk berkelakuan aneh.

"Jadi kesempatan ini Aina menyeru semua rakyat Malaysia untuk kita bersama meningkatkan keprihatinan mengenai ‘mental illness’. Seek help, reach out to people! You’re not alone," tulis Aina.

Menerusi muzik video terbabit, Aina menampilkan pelakon dan pengacara, Qi Razali.
#Penyanyi #Penyanyi #Aina Abdul